Penerbit Grand Theft Auto VI (GTA 6) memperoleh perintah mahkamah pada Jumaat yang mengarahkan Microsoft dan Discord menyerahkan data dalam usaha mengenal pasti sumber kebocoran yang tersebar dalam talian sejak kebelakangan ini. Dua hakim persekutuan di New York meluluskan permohonan sepina (subpoena) berkenaan pada Jumaat, sehari selepas ia difailkan, berdasarkan dokumen mahkamah yang diteliti AFP….
Kumpul Data Kanak-Kanak Tanpa Kebenaran Di AS, TikTok Setuju Selesaikan Saman ~RM1.7 Bilion
TikTok telah bersetuju untuk membayar $400 juta bagi menyelesaikan saman dengan Jabatan Keadilan AS berhubung dakwaan bahawa platform perkongsian video itu melanggar undang-undang privasi kanak-kanak persekutuan, umum jabatan itu pada Jumaat. Pihak berkuasa di seluruh dunia kini semakin memperketat tindakan undang-undang terhadap syarikat media sosial yang melanggar undang-undang berkaitan perlindungan data, privasi, dan keselamatan kanak-kanak….
Kerajaan Tidak Ambil Alih Datasonic Technologies – MKN
Kerajaan menyatakan pendiriannya untuk tidak mengambil alih Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), syarikat yang terlibat dalam penyediaan kad pengenalan MyKad dan pasport Malaysia. Perkara itu dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini, susulan beberapa laporan sebelum ini mengenai kemungkinan kerajaan mengambil alih DTSB daripada syarikat induknya, NexG Bhd. Dalam kenyataan tersebut, MKN berkata…
OLED Masa Depan Mungkin Lebih Cerah Dengan Teknologi FLIPP
LG Display memperkenalkan teknologi OLED generasi baharu yang dinamakan FLIPP, dengan syarikat itu mendakwa ia mampu menghasilkan paparan sehingga 1.6 kali lebih cerah berbanding OLED sedia ada. FLIPP merupakan singkatan kepada Flexible Layer Integration for Photonic Performance dan dibangunkan untuk meningkatkan prestasi panel OLED dari segi kecerahan, kecekapan tenaga serta jangka hayat. Menurut LG Display,…
RayNeo iO Tampil Dengan Gemini, ChatGPT, Claude Dan DeepSeek
RayNeo memperluaskan barisan produk realiti terimbuh (AR) pengguna dengan memperkenalkan RayNeo iO Smart Glasses serta siri baharu RayNeo GT dan GT Max, yang dijadual mula dijual pada 4 September 2026. Antara ketiga-tiga model itu, RayNeo iO tampil sebagai kaca mata pintar berasaskan AI untuk kegunaan harian. Ia seberat hanya 33 gram dan menggunakan paparan waveguide…
Cip Buatan Malaysia Disasar Masuk Pengeluaran Menjelang 2030
Malaysia menyasarkan cip yang direka oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama dengan Arm Limited mula memasuki peringkat pengeluaran dan rantaian bekalan semikonduktor menjelang 2030. Berdasarkan laporan bernama, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata sasaran itu merupakan kesinambungan daripada usaha membangunkan keupayaan tempatan dalam reka bentuk cip dan harta intelek semikonduktor. Menurut beliau, proses pembangunan cip…
