Syarikat pengurusan rantaian bekalan global, HAVI, mengumumkan pembukaan HAVI TechHUB di Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu daripada empat hab teknologi global syarikat tersebut dan yang pertama dibina di rantau Asia Pasifik. Pusat inovasi ini bakal beroperasi secara rasmi menjelang pertengahan tahun 2027. Ia berfungsi sebagai pusat strategik bagi membangunkan inovasi rantaian bekalan digital, pengurusan…
HONOR Jadi Jenama Telefon Boleh Lipat No.1 Di Malaysia Pada Q2 2026
HONOR mencatatkan pencapaian kukuh dalam pasaran telefon pintar boleh lipat di Malaysia apabila menduduki kedudukan pertama pada suku kedua 2026 dengan 53% bahagian penghantaran, menurut data IDC. Prestasi itu meletakkan HONOR sebagai jenama telefon boleh lipat utama di Malaysia bagi tempoh tersebut. Selain Malaysia, syarikat turut menduduki kedudukan teratas dalam segmen sama di beberapa pasaran…
Format Baharu Telefon Lipat Huawei Dan Samsung Jadi Rebutan
Pasaran telefon pintar boleh lipat global dijangka mencatatkan pertumbuhan melebihi 20 peratus setahun dan bakal mencapai penghantaran sebanyak 36 juta unit menjelang tahun 2028, menurut laporan terbaharu daripada firma penyelidikan Omdia. Pertumbuhan ini dipacu oleh pengenalan reka bentuk baharu yang lebih pendek dan lebar (wide-format), seperti yang dipelopori menerusi model Huawei Pura X Max dan…
CUKTECH Lancar Kipas Turbo Dan Pengecas Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM149
CUKTECH memperkenalkan tiga produk baharu di Malaysia iaitu CP Turbo Fan Plus, 6 Ultra Charger dan 10 Ultra Charger, yang memfokuskan kepada penyejukan mudah alih serta pengecasan pantas untuk kegunaan harian. CP Turbo Fan Plus menggunakan motor tanpa berus tiga fasa dengan kelajuan sehingga 30,000rpm dan mampu menghasilkan aliran udara sehingga 11 meter sesaat. Ia…
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Diperkenal, Hanya 69 Unit Di Malaysia
JETOUR Malaysia memperkenalkan JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition sempena sambutan Hari Merdeka ke-69, dengan hanya 69 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Edisi khas ini mengekalkan harga jualan bersih RM156,800, sama seperti JETOUR T2 standard. Namun, pembelian turut diwajibkan bersama pakej aksesori Dark Warrior berharga RM10,800, menjadikan jumlah keseluruhan RM167,600, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai…
Nak Tambah Game R18+ Ke Library, Pengguna PlayStation Australia Perlu Sahkan Umur
Sony mula memperkenalkan sistem pengesahan umur untuk akaun PlayStation dewasa di Australia, menjelang pelaksanaan peraturan baharu negara itu berkaitan akses kepada permainan dan kandungan berklasifikasi R18+. Menurut halaman sokongan rasmi PlayStation, akaun dewasa yang didaftarkan di Australia tidak lama lagi perlu mengesahkan bahawa pemilik akaun berusia sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum boleh menambah permainan atau kandungan…
