Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar tri-lipat yang bakal bersaing dengan Huawei Mate XT. Berdasarkan paten terbaru yang didedahkan, Xiaomi merancang untuk memperkenalkan peranti dengan mekanisme lipatan berbentuk Z, sama seperti Huawei Mate XT yang telah menarik minat global. Telefon ini dijangka akan dilengkapi tiga kamera belakang dan menawarkan pengalaman paparan besar apabila dibuka sepenuhnya….
Pengguna Android Kini Boleh Tingkatkan Privasi Lebih Mudah Dengan Mematikan Ciri Play Store Ini
Tahukah anda bahawa Google menjejaki semua yang anda lakukan semasa anda log masuk ke dalam akaun Google Play Store? Google memberi alasan bahawa ia adalah untuk membantu mereka meningkatkan pengalaman penggunanya. Dengan menjejaki aktiviti anda, Google Play boleh menyediakan kandungan berkaitan yang disesuaikan untuk anda, merangkumi aplikasi dan buku yang disyorkan, tawaran dan hasil carian….
JPJ Tambah Lokasi Pemasangan Tag RFID VEP
Seperti diumumkan pada Mei lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula melaksanakan penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober 2024. Selaras dengan pelaksanaan itu, dua lokasi fasiliti tambahan akan diwujudkan bagi memudahkan pemilik kenderaan Singapura membuat pemasangan tag RFID VEP, mulai 22 September 2024….
Redmi Watch 5 Lite Akan Dilancarkan Di India Minggu Depan
Redmi bakal memperkenalkan Redmi Watch 5 Lite pada 25 September 2024 di India. Jam tangan pintar ini menampilkan skrin AMOLED 1.96 inci, GPS terbina dalam untuk penjejakan aktiviti luar tanpa perlu membawa telefon, serta kalis air 5ATM/50m, menjadikannya sesuai untuk berenang. Antara ciri utama lain termasuk keupayaan menerima panggilan Bluetooth terus dari pergelangan tangan, integrasi…
Infinix Raikan Hari Malaysia Di Keretapi Sarong 2024 Dengan Pelancaran ZERO 40 5G
Infinix menyertai acara Keretapi Sarong 2024 yang dianjurkan oleh Locco untuk meraikan Hari Malaysia. Acara ini turut menampilkan pelancaran Infinix ZERO 40 5G, di mana peserta berpeluang menguji kamera 108 MP dan lensa ultra lebar 120° serta keupayaan vlogging 4K 60 FPS Pro-Stable. Kira-kira 12,000 peserta menyertai acara ini, termasuklah selebriti tempatan seperti Noraniza Idris,…
HTC Umumkan Vive Focus Vision, VR Fokus ‘Gaming’
HTC telah mengumumkan set kepala VR terbaru mereka, Vive Focus Vision, yang menyasarkan peminat gaming dengan ciri-ciri seperti passthrough warna dan sokongan tethering PC yang ditambah baik. Set kepala ini dijual pada harga $999 (~RM4,205), Vive Focus Vision boleh digunakan sebagai peranti standalone atau disambungkan ke PC melalui USB-C. Ia turut menawarkan resolusi 2448 x…