Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
13 Menara Komunikasi Baharu Telah Beroperasi Di 4 Daerah Di Negeri Johor

Lebih Seribu Stesen Pemancar Di Kedah Terima Naik Taraf 4G

Diterbitkan November 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Secara keseluruhan, terdapat 1612 stesen pemancar di negeri Kedah sedia untuk dinaik taraf ke teknologi 4G. Setakat ini, sebanyak 1377 telah pun menerimanya menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu.

Tambahan lagi, menara telekomunikasi baharu dengan teknologi itu telah dibina di 45 daripada 134 lokasi baharu yang dirancang.

Selain itu, tumpuan diberikan kepada pembinaan tapak baharu, stesen pemancar yang dinaik taraf 4G serta menyediakan capaian gentian optik di premis adalah langkah persediaan untuk negara beralih kepada teknologi 5G.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut berganding bahu dalam membantu MCMC supaya aspirasi MyDigital tercapai.

Sebagai perbandingan, syarikat-syarikat telekomunikasi memerlukan masa hampir lapan tahun untuk pelaksanaan 3G dan 4G bagi mencapai tahap liputan 80%.

Sumber: Bernama

Baca juga:

  • Celcom Dan PLUS Bekerjasama Ke Arah Lebuh Raya Pintar

  • DNB Pertikai Laporan Reuters, Perbincangan 5G Masih Lagi Berjalan

  • 5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY