Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Launch Photo

8 Lagi Kementerian Kini Sokong Penuh Pembayaran Tanpa Tunai

Diterbitkan Oktober 30, 2023 · Dikemas kini Oktober 30, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaaan meneruskan agenda digitalisasi pembayaran tanpa tunai menerusi Kempen “Cashless Boleh” Kebangsaan.

Kempen yang di dalam siri ketiga ini adalah susulan dua kempen “Cashless Boleh” kebangsaan yang berlangsung selama tempoh 6 bulan yang telah membuahkan beberapa kejayaan.

Antara pencapaian itu adalah:

  • Kadar penembusan pembayaran digital sektor awam secara keseluruhannya telahpun melepasi 80% pada 81.3 peratus, iaitu peningkatan lebih 22% di peringkat persekutuan dan negeri daripada 58.8 peratus sejaki 2021.
  • Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang Berjaya melepasi 80% penembusan pembayaran digital  
  • Lapan (8) kementerian dan agensi sektor awam yang sebelum ini berasaskan transaksi tunai telah mencapai penembusan pembayaran digital penuh iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), 155 pihak-pihak berkuasa tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelaburan , Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Mahkamah Persekutuan Malaysia (MPM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Juniper Networks x PayNet_1

Platform pembayaran tanpa tunai disediakan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) iaitu rangkaian pembayaran runcit nasional dan penyedia infrastruktur kewangan berpusat di Malaysia.

 “Sebagai penyedia infrastruktur pembayaran runcit negara, kami berbangga dapat memudah cara perjalanan negara ke arah ekonomi digital. Kami lakukannya dengan menyediakan pembayaran digital kepada rakyat dengan cara yang selamat, mudah diakses dan inklusif.” Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • (Ulasan) TrueMoney - Tak Kedekut Mata Ganjaran & Pulangan Wang, Tapi Ada 'Benda Tak Syok'

Sumber: Siaran media PayNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY