7-Eleven Jepun Lain 'Level', Ada Pembayaran Guna Hologram

Jepun memang terkenal dengan inovasi serta menawarkan teknologi yang memudahkan manusia terutama rakyat mereka.

Terbaru, 7-Eleven di negara matahari terbit itu mula membuatkan pembayaran tanpa sentuh ke suatu peringkat yang lebih tinggi di mana menyokong pembayaran hologram.

Bagaimanapun, teknologi tersebut belum ditawarkan sepenuhnya di seluruh cawangan lagi. Sebaliknya, ujian percubaan akan bermula pada 1 Februari ini di 6 cawangan 7-Eleven di Tokyo, Jepun.



Selain memudahkan dan mengelakkan sentuhan semasa pandemik, teknologi tersebut turut mengurangkan ruang kaunter sebanyak 30%.

Melihat kepada video yang dikongsikan, pengguna perlu imbasĀ barcode produk terlebih dahulu. Kemudian, pilih kaedah pembayaran tanpa sentuh dan selesaikan pembayaran. Terdapat juga pilihan untuk membeli produk lain melaluinya seperti kopi dan lain-lain.

https://www.youtube.com/watch?v=1eG-Hv5tgdU&t=7s

Dikatakan, banyak produk yang boleh dibeli menerusinya tetapi tidak termasuk alkohol, rokok, stamp, poskad dan perkhidmatan seperti kurier, pembayaran bil, baucar tunai dan tambah nilai akaun.

Sumber: soranews24

Baca juga: