Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Jepun Mencipta Skrin TV Yang Memberikan Rasa Makanan Apabila Dijilat

Saintis Jepun Mencipta Skrin TV Yang Memberikan Rasa Makanan Apabila Dijilat

Diterbitkan Disember 28, 2021 · Dikemas kini Disember 28, 2021 oleh ariff bukhari

Prof. Homei Miyashita dan 30 orang pelajar dari Universiti Meiji, Jepun akhirnya telah berjaya mencipta satu prototaip televisyen yang  membolehkan penonton televisyen dapat merasai makanan yang dipaparkan pada skrin tv tersebut.

Ia selepas beliau menghabiskan masa selama setahun bersama 30 pelajarnya bagi mencipta prototaip tv tersebut dengan tujuan agar masyarakat dapat merasai seolah-olah mereka berada di restoran walaupun pada waktu pandemik.

Prototaip televisyen itu dikenali sebagai ‘Taste The TV (TTTV)’.

Beliau menjelaskan, penonton akan dapat merasai makanan yang dipaparkan pada skrin TTTV itu apabila perisa makanan disemburkan di atas skrin menerusi 10 pancuran perisa yang menghasilkan mimik rasa makanan yang dipaparkan.

Prof. Miyashita menyatakan pihak mereka sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain bagi menghasilkan mimik rasa coklat atau piza pada sekeping roti.

Tidak setakat itu, mereka juga berharap agar pada masa hadapan rasa-rasa makanan akan dapat dimuat turun sama sepertimana memuat turun lagu secara atas talian.

Apabila dipasarkan produk siap TTTV itu nanti, ia dianggarkan akan dijual pada harga sekitar 100,000 yen atau bersamaan denganRM 36,716.54 seunit.

Baca juga: Penyelidik Di Jepun Cipta Skrin Boleh Jilat Untuk Rasa Makanan Di Sebalik Paparan (wiser.my)

Sumber : Sky News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY