Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Buds Q Sold Out

6000 Unit realme Buds Q Habis Terjual Dalam Tempoh 34 Minit

Diterbitkan Julai 8, 2020 · Dikemas kini Julai 8, 2020 oleh Amalina Athman

realme Malaysia kini telah mencatatkan satu lagi pencapaian terbaru bagi penjualan realme Buds Q pada Jualan 7.7 yang berlangsung di Shopee. Sebanyak 6000 unit Buds Q telah habis terjual dalam tempoh 34 minit dan sekaligus merekodkan TWS Paling Pantas Terjual di Shopee.

jualan realme buds q

Fon telinga ini dikatakan istimewa kerana direka oleh pereka bentuk Perancis, José Lévy yang bekerjasama dengan Hermes. Ia dilengkapi dengan 10mm Dynamic Boost Driver, mod lantensi serendah 119ms.

Menurut realme, fon telinga ini mampu bertahan sehingga 20 jam putaran muzik secara berterusan dengan purata 3 jam penggunaan setiap hari.

REALME BUDS Q

Selain itu, realme Buds Q turut dimuatkan dengan sokongan Bluetooth 5.0 dan akses kawalan secara sentuhan. Dari segi ketahanan pula, ia didatangkan dengan pensijilan IPX4.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan realme Buds Q akan datang, layari Facebook realme Malaysia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY