5G Belum Ada Tapi 'Telco' Malaysia Dah Rugi RM26 Bilion

4 'telco' terbesar Malaysia Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile dilaporkan The Edge Market telah kehilangan jumlah keseluruhan nilai pasaran sebanyak RM26 bilion.

2 syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah Maxis Bhd dan Digi.Com Bhd di mana mereka terpaksa membayar hampir kesemua keuntungan tahun 2021 kepada pemegang saham.



Lebih terperinci, Maxis kehilangan RM9 bilion dalam nilai pasaran atau penurunan nilai saham lebih 21%. Selain itu, Digi pula mencatatkan penurunan saham 18% atau kerugian hampir RM7 bilion dalam nilainya.

Tambahan lagi, Telekom Malaysia (TM) yang merupakan syarikat 'telco' yang terbaik prestasinya turut mencatatkan penurunan nilai saham RM2.6 bilion atau 9.45%.

Berita ini agak mengejutkan dan tidak disangka dek kerana 4 syarikat besar telco itu masih belum mencapai kata putus dengan DNB dalam kerjasama rangkaian 5G di Malaysia.

Biarpun, kerajaan menawarkan setiap syarikat itu hak equiti sebanyak 70% dalam rangkaian 5G tersebut. Setakat ini, hanya Telekom Malaysia dan YTL Communications sahaja yang telah mengesahkan kerjasama mereka dengan DNB.

Sumber: The Edge Market, Soyacincau

Baca juga: