TWS adalah bagi mereka yang mahukan peranti audio ringkas dan tidak terlalu menonjol sepertimana headphone.
Antara kelebihan utama TWS adalah ciri ANC sedia ada bertambah padu apabila menutup rapat lubang telinga, amat sesuai bagi mereka yang mahukan pengalaman ANC maksimum berbanding headphone.
Selain itu, TWS juga jauh lebih murah harganya dan lebih banyak pilhan reka bentuk untuk yang digayakan untuk pelbagai aktiviti berbanding headphone.
Namun, ramai masih percaya hanya jenama premium mampu tawarkan bunyi berkualiti tinggi dan tersedia dengan ciri pembatalan hingar (ANC).
Hakikatnya, banyak TWS bajet kini hadir dengan audio mantap, bateri tahan lama, dan keselesaan ergonomik, tanpa perlu berbelanja besar.
Jadi, di sini disyorkan 5 TWS harga marhaen dengan ciri ANC serta bunyi pun sedap.
1. OnePlus Nord Buds 3
OnePlus Nord Buds 3 hadir dengan spesifikasi yang dinaik tarf berbadning sebelumnya di man ia menawarkan sehingga 43 jam masa main (ANC off) dan pengecasan pantas 10 minit untuk 11 jam penggunaan.
Untuk audio mantap, ia dilengkapi pemacu 12.4mm dan sokongan ANC sehingga 32dB serta 4 mikrofon dengan AI noise cancellation untuk panggilan jelas.

Ia juga menyokong sambungan Bluetooth 5.4 serta ciri seperti Google Fast Pair dan sambungan berkembar serentak memudahkan sambungan yang diintegrasikan dengan aplikasi HeyMelody
OnePlus Nord Buds 3 tersedia dalam pilihan warna Harmonic Gray dan Melodic White pada harga serendah RM199 semasa jualan promosinya.
Beli OnePlus Nord Buds 3 dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/cln28nv
- Lazada – https://invl.me/cln28nx
2. Nothing Ear (a)
Nothing Ear (a) ialah fon telinga TWS dengan rekaan unik dan prestasi audio mantap. Ia dilengkapi pemcu seramik 11mm dengan tetapan algoritma bass khas.
Fungsi ANC adaptif sehingga 45dB membolehkan pengguna menikmati audio walau dalam persekitaran bising
Tiga mikrofon setiap sisinya pula memastikan panggilan jelas dengan teknologi Clear Voice.

Nothing Ear (a) yang berharga hampir RM500 kini boleh didapati pada harga serendah RM329 sahaja dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/cln28q3
- Lazada – https://invl.me/cln28pu
3. realme Buds Air 7 Pro
realme Buds Air 7 Pro tampil dengan reka bentuk bergaya, bunyi berkualiti tinggi dan pembatalan hingar aktif (ANC) setinggi 53dB, sekali gus menjadikannya pesaing kuat dalam pasaran TWS.
Fon telinga ini menampilkan sarung pengecas aluminium premium dalam warna menarik seperti Racing Green dan Fiery Red.
Dari segi bunyi, ia menggunakan dwi-pemacu dinamik dan menyokong codec LHDC 5.0 untuk audio Hi-Res.
Malah ia juga dilengkapi sokongan AI Gemini untuk terjemahan bahasa masa nyata.

realme Buds Air 7 Pro yang berharga hampir RM400 kini bleh didapati pada harga serendah RM320 sahaja untuk masa terhad.
Beli realme Buds Air 7 Pro dari stor:
- Shopee – https://invl.me/cln28tg
- Lazada – https://invl.me/cln28tv
4. CMF Buds Pro 2
CMF Buds Pro 2 ialah fon telinga bajet dengan ciri premium (ANC) dan dial pintar pada bekas pengecas.
Dial ini membolehkan kawalan muzik tanpa menyentuh fon telinga atau telefon.
Dari aspek kualiti bunyi, ia menonjolkan bass yang kuat, sesuai bagi merka yang gemarkan lebih bunyi bass. Tetapan juga mudah dibuat menerusi aplikasi Nothing X yang membolehkan penyesuaian EQ dan kawalan tambahan.

CMF Buds Pro 2 kini boleh didapati pada harga serendah RM299 dari stor:
- Shopee – https://invl.me/cln28z9
- Lazada – https://invl.me/cln28zb
5. Skullcandy Sesh®
Skullcandy Sesh® menawarkan pembatalan bunyi aktif 4-mikrofon, kalis air sepenuhnya, dan hayat bateri sehingga 48 jam. Dengan Bluetooth 5.3 dan reka bentuk Fit Grip, fon telinga ini kekal selesa dan stabil untuk pengguna aktif.
Ia dilengkapi teknologi Clear Voice Smart Mic untukpanggilan jelas walaupun dalam suasana bising. Ia juga dilengkapi dengan ciri Tile™ terbina untuk mengesan fon telinga yang hilang.

Dengan kawalan sentuhan untuk muzik dan panggilan, Skullcandy Sesh® ANC sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi audio mantap dan ketahanan untuk aktiviti lasak.
Skullcandy Sesh® boleh didapati pada harga RM249 sahaja dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/cln291l
- Lazada – https://invl.me/cln291n
Apa yang dapat disimpulkan, kesemua TWS yang disenaraikan di sini menerima ulasan positif dari pengguna.
Pada harga sekitar RM300 sahaja, anda sudah boleh menikmati audio premium dengan ciri ANC.
{suggest}
