Biasanya telefon yang mempunyai spesifikasi baik mesti harganya agak tinggi. Tapi, masih ada ke telefon dengan spesifikasi yang bagus dijual pada harga lebih mampu milik? Jawapannya, ada. Ini 5 telefon terbaik keluaran 2025 dengan harga bawah RM1000.
Infinix Note 50S 5G

Telefon ini menampilkan paparan 3D AMOLED melengkung dengan kadar segar semula sehingga 144Hz. Dikuasakan oleh cip Dimensity 7300 Ultimate serta hadir dengan storan 256GB dan 8GB RAM yang boleh dikembangkan sehingga 16GB.
Kamera pada telefon ini adalah kamera 64MP SONY IMX682. Terdapat juga ciri rakaman video 4K serta kemasan Energising Scent-Tech. Infinix Note 50S 5G ini direka dengan tahap ketahanan IP64 serta pensijilan TÜV.
REDMI Note 14 5G

Telefon pintar ini pula dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra. Dibina dengan skrin AMOLED 6.67 inci yang menyokong kecerahan maksimum sehingga 2100 nits dan kadar segar semula 120Hz.
Dibekalkan bateri berkapasiti 5110mAh dengan 45W pengecasan pantas serta direka dengan rekaan ringan dan perlindungan IP64. Ia juga didatangkan dengan kamera utama 108MP lengkap dengan OIS, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan kamera hadapan 20MP.
realme 14T 5G

Peranti realme ini didatangkan dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 11.5 jam masa bermain serta paparan AMOLED.
Juga dilengkapi tindak balas sentuhan yang pantas untuk memudah pemain. Direka dengan taraf ketahanan IP66, IP68 dan IP69, menjadikannya kalis debu, air dan suhu ekstrem.
POCO M7 Pro 5G

Dilengkapi dengan cip Dimensity 7025-Ultra, telefon ini menjanjikan pengalaman gaming 5G yang lancar. Dibekalkan bateri berkapasiti 5110mAh dengan sokongan 45W pengecasan pantas serta teknologi pintar untuk mengekalkan jangka hayat bateri dalam jangka panjang.
Ia juga hadir dengan skrin AMOLED 6.67 inci yang menyokong kecerahan sehingga 2100 nits dan 120Hz kadar segar semula. POCO M7 Pro ini turut didatangkan dengan audio Dolby Atmos.
nubia Neo 3 5G

Telefon pintar ini lengkap dengan ciri gaming untuk pemain entry level. Direka dengan rekaan Mecha yang unik dan lampu RGB pada panel belakang. Hadir dengan skrin full HD 6.8 inci serta 120Hz kadar segar semula. Ia dikuasakan cip gaming Unisoc T8300 5G dan dilengkapi pembesar suara stereo yang disokong DTS:X Ultra.
Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong 33W pengecasan pantas. Lebih menarik lagi, nubia Neo 3 5G ini juga mempunyai Gaming Shoulder Trigger dan Linear Motor bagi memberikan pengalaman permainan yang memuaskan.
Anda boleh dapatkan keempat-empat telefon ini di Laman Beli dengan memasukkan nama telefon di ruang carian.
{suggest}
