5 Telefon 5G Bawah RM1000

Bermula tahun 2023 ini, pelbagai telko telah mula memperkenalkan pelan 5G mereka kepada orang awam. Seiring dengan itu, kehadiran telefon pintar 5G juga semakin banyak ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan".

Saya berpendapat bahawa sekarang adalah waktu terbaik buat pembaca untuk membeli telefon pintar 5G bagi memanfaatkan kehadiran ketersambungan 5G.

Oleh itu, saya dengan suka-citanya membawakan senarai 5 telefon pintar 5G di bawah RM1,000 yang boleh anda pertimbangkan.

*Harga yang dipaparkan adalah ketika artikel ini ditulis.

{snap}

iQOO Z7x 5G (RM999)


iQOO Z7X 5G malaysia

iQOO Z7x 5G merupakan sebuah peranti gaming mampu milik yang memfokuskan segmen harga bawah RM1,000. Peranti ini memberikan akses 5G kepada anda melalui cip Snapdragon 695 5G nya.

Selain itu, ia memiliki memori RAM 8GB dan storan 128GB. Menariknya lagi, Z7x mempunyai kapasiti bateri 6,000mAh yang besar dengan sokongan pengecasan 80W yang pantas.

Namun, berbanding pesaing-pesaingnya yang lain seperti Infinix Note 30 Pro, peranti ini menggunakan skrin IPS LCD. Dimana bagi pendapat saya tidak menjadi masalah untuk sesebuah peranti seperti ini.

Beli di Shopee

{snap}

 Nubia Neo 5G (RM899)




Nubia Neo 5G adalah sebuah peranti gaming bawah RM1,000 yang terbaru daripada ZTE Nubia dan dilancarkan berdekatan dengan Tecno Pova 5.

Peranti ini dijanakan cip Unisoc T820 yang lebih laju pantas daripada MediaTek Helio G99. Dan membolehkan peranti ini mendapatkan akses ketersambungan 5G.

Walau bagaimanapun, faktor bateri dan pengecasannya - 4,500mAh dan pengecasan 22.5W ini boleh menjadi cabaran kepada anda yang memilih untuk memiliki peranti 5G ini.

Beli di Shopee

{snap}

POCO M4 5G (RM699)




Walaupun telah dilancarkan lebih kurang setahun yang lalu, POCO M4 5G adalah antara pilihan peranti 5G mampu milik untuk pembaca pertimbangkan.

Peranti POCO ini menggunakan cip Dimensity 700 yang setara dengan MediaTek Helio G99 tetapi mempunyai sokongan 5G. Pada harga RM699, ia menawarkan memori 4GB dan storan 64GB dan terdapat variasi yang lebih besar.

Namun, peranti POCO terutamanya dalam kelas permulaan ini kebiasaannya mempunyai isu perisian dan beberapa masalah lain berdasarkan keluhan pengikut-pengikut kami yang menggunakan peranti POCO.

Beli di Shopee

{snap}

vivo Y27 5G (RM899)




Peranti yang saya cadangkan ini adalah Y27 5G dan harap pembaca tidak keliru dengan vivo Y27 yang biasa kerana ia hanya menyokong ketersambungan 4G sahaja melalui cip Helio G85.

Y27 5G dikuasakan cip Dimensity 6020, memori RAM 8GB + 8GB dan storan 128GB. Peranti vivo pula berbeza dengan POCO kerana perisiannya (OS) lebih baik dan stabil bagi pendapat saya.

Namun, berbanding dengan peranti-peranti yang lain, telefon vivo mempunyai agak banyak aplikasi bloatware dan rekaan antara mukanya kurang menarik sedikit.

Beli di Shopee

{snap}

Samsung Galaxy A14 5G (RM949)




Samsung Galaxy A14 5G ini juga mempunyai kembar seperti vivo Y27 di mana peranti itu memiliki Galaxy A14 versi 4G. Oleh itu, janganlah pembaca keliru kerana A14 4G menggunakan cip Exynos 850 dan A14 5G pula dikuasakan Dimensity 700.

Apa yang menarik adalah Galaxy A14 5G ini mempunyai 5 tahun sokongan sekuriti, 4 tahun kemas kini perisian dan 2 tahun jaminan daripada Samsung. Dari segi sokongan, peranti ini tampak lebih juara berbanding yang lain.

Tetapi sayang sekali, ia adalah satu-satunya model dalam senarai ini yang tidak disertakan sekali alat pengecas bersama di dalam kotaknya.

Beli di Shopee