5 Laptop Terbaik Bawah RM2,500

Walaupun kita sekarang berada di tahun 2022 dan terdapat banyak model laptop di pasaran, anda tetap boleh membeli laptop baharu dengan tanda harga di bawah RM2,500. Biarpun ia berada pada tanda harga begitu tetapi suka saya katakan bahawa spesifikasi yang digunakan sangat berbaloi dengan setiap ringgit yang anda akan bayar.

Berikut merupakan 5 laptop terbaik yang saya ingin kongsikan dengan anda:

HONOR MagicBook 14" AMD 2021 - RM2574.99


5 Laptop terbaik

Honor MagicBook 14 ini merupakan laptop terbaru daripada Honor yang telah dilancarkan pada bulan September 2021. Laptop yang bersaiz kompak ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang mencari peranti untuk kerja mahupun bagi tujuan pengajian di universiti.

Tambahan lagi, storan jenis SSD (Solid-State Drive) yang digunakan memastikan kerja anda sentiasa lancar dan efektif. Walau bagaimanapun, harga untuk laptop Honor ini lebih sedikit daripada RM2.5K tapi tidak melebihi RM2.6K. Saya mencadangkan laptop ini kerana spesifikasi yang anda dapat sangat berbaloi dengan harga yang anda bayar.

Spesifikasi:



  • Sistem Operasi: Windows 10 Home

  • CPU: AMD Ryzen™ 5 5500U

  • GPU: AMD Radeon Graphics

  • RAM: 8GB DDR4 Dual-channel RAM

  • Storan: PCIe NVME SSD 256GB

  • Paparan: 14 inci, 1920 x 1080 pixels, Full HD IPS panel anti-silau

  • Bateri: 56Whr, 65W USB-C Power Adapter

  • Berat: 1.38kg


Boleh beli di:

Shopee - https://invol.co/cla3ebv

Lazada - https://invol.co/cla3eck

Acer Aspire 5 (A514-54-37FZ) - RM2,075.88


5 Laptop terbaik

Acer Aspire 5 adalah siri baharu daripada Acer untuk tahun 2022 dan ianya telah dilancarkan pada Februari lepas. Laptop ini mempunyai rekaan moden yang nipis, ringan dan estetik. Tambahan lagi, model mempunyai rekaan pengudaraan yang baik di mana bukaan skrin laptop ini menaikkan panel papan kekunci dan memberi ruang udara di bawahnya.

Selain rekaan yang berbeza berbanding model laptop yang ada dipasaran, saya sangat mengesyorkan laptop ini untuk pelajar, atau graduan yang sudah tamat pengajian dan baru bekerja.

Spesifikasi:



  • Sistem Operasi: Windows 10 Home (boleh naik taraf ke Windows 11)

  • CPU: Core™ i3 - 1115G4

  • GPU: Intel® Iris Xe Graphics

  • RAM: 4GB DDR4 SDRAM

  • Storan: PCIe SSD 256GB

  • Paparan: 14 inci, 1920 x 1080 pixels, Full HD ComfyView IPS Technology

  • Bateri: 3-Cell Lithium Ion (Li-ion), 45W Power Adapter

  • Berat: 1.70kg


Boleh beli di:

Shopee - https://invol.co/cla3ef8

Lazada - https://invol.co/cla3efz

MSI Modern 14 B11MOU 869 - RM2,349


5 Laptop terbaik

Apabila kita menbaca jenama MSI, sudah semestinya kita memikirkan tentang produk gaming mereka. Sebenarnya MSI juga ada mengeluarkan produk untuk kegunaan kerja-kerja harian. Laptop MSI Modern 14 ini merupakan salah satu produk MSI yang berada di bawah harga RM2.5K dan ia juga mempunyai rekaan yang efektif untuk pengudaraan seperti Acer Aspire 5.

Ini merupakan salah satu model laptop yang berbaloi untuk membantu menyelesaikan tugasan harian bagi sama ada anda seorang pekerja, pelajar mahupun bekerja dari rumah.

Spesifikasi:



  • Operating System: Windows 10 Home (boleh naik taraf ke Windows 11)

  • CPU: Core™ i3 - 1115G4

  • GPU: Intel UHD Graphics

  • RAM: DDR4 4GB 3200MHz RAM

  • Storan: 512GB NVMe PCIe SSD

  • Paparan: 14" FHD (1920 x 1080), 60Hz 45% NTSC IPS-Level

  • Bateri: 3-Cell, 39Whr

  • Berat: 1.3kg


Boleh beli di:

Shopee - https://invol.co/cla3egi

Lazada - https://invol.co/cla3eh0

ASUS VivoBook 15 OLED (K513E-AL11109TS) - RM2,487


5 Laptop terbaik

 

Laptop Asus VivoBook 15 merupakan satu produk daripada Asus yang bersaiz kompak tetapi padat dengan setiap keperluan bagi anda membuat sebarang tugasan. Selain itu, ia mempunyai skrin yang luas dengan 85% nisbah skrin-kepada-badan dan bezel yang nipis.

Tambahan lagi, ini merupakan satu-satunya model laptop dengan skrin jenis oled dan sukar untuk kita melihat model begini pada tanda harga di bawah RM2,500. Jika anda merupakan peminat setia jenama SNSV ini, saya sangat mengesyorkan laptop ini.

Spesifikasi:



  • Sistem Operasi: Windows 10 Home (upgradable to Windows 11)

  • CPU: Intel® Core™ i3-1115G4

  • GPU: Intel® UHD Graphics

  • RAM: 4GB DDR4 on board (1x extra RAM slot)

  • Storan: 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD

  • Paparan: 15.6" FHD (1920 x 1080) OLED, 600nits LED Backlit, Glossy display, 100% DCI-P3 color gamut, penarafan PANTONE

  • Bateri: 3-cell Li-ion, 42WHrs

  • Berat: 1.8kg


Boleh beli di:

Shopee - https://invol.co/cla3ehj

Lazada - https://invol.co/cla3ei2

ASUS VivoBook Go (E410K-ABV256WS) - RM1,849


5 Laptop terbaik

Model terakhir ini merupakan satu laptop yang istimewa kerana ia merupakan yang paling berpatutan berbanding dengan model yang lain. Dengan harga sekitar RM1,900, ia sangat sesuai sebagai hadiah kepada anak anda, atau daripada ketua kepada pekerja di bawahnya.

Antara ciri-ciri terbaik yang ada adalah menggunakan storan SSD, 3 USB port yang tersedia, 8GB RAM dan sokongan Windows 11 Home.

Spesifikasi:



  • Sistem Operasi: Windows 11 Home

  • CPU: Intel® Celeron® N4500

  • GPU: Intel® HD Graphics

  • RAM: 8GB DDR4

  • Storan: 256GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD

  • Paparan: 14.0" HD (1366 x 768) 16:9, Anti-glare LED Backlit 200nits

  • Bateri: 42Wh

  • Berat: 1.3kg


Boleh beli di:

Shopee - https://invol.co/cla3eif

Lazada - https://invol.co/cla3ein

**Ini adalah harga semasa artikel ini ditulis. Ketersediaan dan harga komputer riba yang diberikan tertakluk kepada perubahan.

Baca juga:

Berkaitan