Sebelum ini, saya ada berkongsikan pelbagai senarai daripada pilihan telefon terbaik bawah RM2000, RM1500 dan RM1000.
Kali ini, saya akan menampilkan kelainan dengan berkongsikan 5 pilihan komputer riba terbaik buat anda dengan bajet sekitar RM2000.
Untuk pengetahuan anda, senarai komputer riba ini mempunyai spesifikasi yang seimbang dan sesuai untuk pelbagai tugasan peribadi, profesional atau korporat.
**Harga komputer riba yang dipaparkan adalah ketika artikel ini ditulis.
{snap}
HP Laptop 15s-eq2196AU (RM1,749)
Komputer HP ini adalah pilihan harga yang paling murah dalam senarai ini tetapi tidak kurang hebatnya dalam spesifikasi yang diberikan.
Komputer riba HP Laptop (15s-eq2196AU) ini dikuasakan cip AMD Ryzen 3 5300U, memori RAM DDR4 3200MHz 8GB, GPU AMD Radeon™ Graphics dan storan SSD M.2 NVMe berkapasiti 512GB.
Peranti ini mempunyai skrin berukuran 15.6″ beresolusi FHD, menggunakan Window Home 11 dan waranti selama 12 bulan lamanya.
Ini adalah pilihan terbaik bagi pembaca yang mempunyai kekangan bajet tetapi mahukan komputer riba yang mampu memberikan prestasi keseluruhan tidak kurang hebatnya.
{snap}
MSI Modern 14 (RM1,999)
Bila sebut pasal MSI, tiada yang kita fikirkan selain ia adalah sebuah jenama laptop dan PC gaming. Tetapi sebenarnya MSI juga ada menyediakan pelbagai pilihan komputer riba mesra bajet tapi padat dengan prestasi.
Salah satunya adalah MSI Modern 14 (C11M-050), peranti ini dikuasakan cip Intel Core i3-1115G4, memori RAM DDR4 3200MHz 8GB, GPU Intel UHD Graphics dan storan SSD NVMe PCIe Gen3x4 berkapasiti 512GB.
Selain itu, ia mempunyai skrin berukuran 14″ beresolusi FHD, menggunakan Windows 11 Home, dan disediakan waranti MSI selama 1 tahun.
Untuk pengetahuan pembaca, MSI Modern 14 ini sangat ringan dengan berat hanya 1.3 kg sahaja. Ini adalah pilihan yang sesuai bagi anda yang meminat jenama MSI, mahukan laptop yang ringan tetapi berkuasa.
{snap}
Asus Vivobook 15 (RM2,049)
Komputer riba Asus Vivobook 15 (A1502Z-AE8261WS) mungkin adalah pilihan paling berkuasa dalam senarai ini. Tambahan lagi, Asus adalah jenama yang sangat sinonim dalam pasaran komputer riba ini.
Vivobook 15 ini dikuasakan cip Intel Core i3-1220P, tetapi hanya mempunyai memori RAM DDR4 4GB sahaja, GPU Intel UHD Graphics dan storan SSD M.2 NVMe PCIe Gen3 berkapasiti 512GB.
Di samping itu, ia mempunyai saiz skrin standard 15.6″ beresolusi FHD, guna Windows 11 Home, pembesar suara SonicMaster dan waranti antarabangsa selama 2 tahun.
Asus Vivobook 15 adalah pilihan komputer riba yang berkuasa dengan waranti 2 tahun dalam senarai ini. 2 faktor itu adalah cukup untuk anda mempertimbangkan komputer riba ini.
{snap}
Acer Aspire 3 (RM2,099)
Selain Asus, Acer juga tidak kurang hebatnya dalam pegangan mereka terhadap pasaran komputer riba Malaysia. Siri Aspire daripada Acer adalah antara siri komputer riba terbaik dari segi keseimbangan harga dan prestasi.
Acer Aspire 3 (A315-24P-R6GK) dikuasakan cip AMD Ryzen 5 7520U, memori RAM LPDDR5 8GB, GPU AMD Radeon Graphics, dan storan SSD NVMe PCIe Gen3 dengan kapasiti 512GB.
Peranti ini mempunyai skrin 15.6″ beresolusi FHD, guna Windows 11 Home, waranti selama 2 tahun dan ketahanan bateri lebih 10 jam (berdasarkan MobileMark 2018).
Secara amnya, Acer Aspire 3 adalah komputer riba AMD Ryzen paling kompetitif dalam senarai ini. Dan tidak lupa juga mempunyai prestasi bateri yang baik.
{snap}
Lenovo IdeaPad 3 (RM2,149)
Lenovo IdeaPad 3 (82RN000SMJ) adalah model komputer riba paling mahal dalam senarai ini tetapi ia juga adalah paling berkuasa.
Berdasarkan benchmark, AMD Ryzen 5 5625U menawarkan prestasi dan skor paling tinggi antara cip-cip yang lain. Komputer riba memiliki memori RAM DDR4 8GB dan storan SSD M.2 NVMe PCIe Gen3 berkapasiti 512GB.
Selain itu, ia mempunyai skrin 15.6″ beresolusi FHD, guna Windows 11 Home, dan waranti selama 2 tahun. Lenovo IdeaPad 3 ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet sekitar RM2000 yang fleksibel.
Hal ini demikian kerana harga jualan komputer riba ini tidaklah terlalu jauh daripada nilai RM2000. Pada masa yang sama, ia menawarkan prestasi yang baik dengan spesifikasinya yang mantap.