Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

4,300 Unit realme Band Terjual Dalam Tempoh Satu Jam

Posted on Jun 24, 2020

Baru-baru ini, realme telah mengumumkan barisan peranti AIoT untuk pasaran tempatan. Antara produk yang ditawarkan termasuk jam tangan pintar, penjejak kecerdasan, fon telinga tanpa wayar, serta powerbank.

Kini, menerusi jualan pertama realme Band, sebanyak 4,300 unit telah terjual dalam tempoh 60 minit dan sekali gus direkodkan sebagai “Penjejak Kecerdasan Paling Laris di Shopee Pada Jun 2020”.

realme Band merupakan penjejak kecerdasan yang menggunakan paparan dengan ukuran 0.96 inci dan menyokong sehingga 65,000 warna. Ia mempunyai ketahanan kalis air dan hadir dengan bateri 90mAh. Selain itu, realme Band didatangkan dengan ciri pengecasan USB-A yang tersembunyi disebalik tali jam.

Dalam pada itu, satu lagi produk realme iaitu Buds Air Neo turut direkodkan sebagai “True Wireless Stereo (TWS) Terlaris di Shopee Pada Jun 2020″ dengan jualan 1,000 unit dalam tempoh satu jam.

realme Band ditawarkan pada harga RM129 manakala realme Buds Air Neo berharga RM199.

Beli barangan realme dari:

Beli realme Watch: https://invol.co/cloxwo
Beli realme 10,000mAh Power Bank 2: https://invol.co/cloxwx
Beli realme Band: https://invol.co/cloxwt
Beli realme Buds Air Neo: https://invol.co/cloxx0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress