Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Akan Tawar Internet Satelit Di Malaysia

Starlink Akan Tawar Internet Satelit Di Malaysia

Diterbitkan Februari 26, 2021 · Dikemas kini Februari 26, 2021 oleh Amsyar Latif

SpaceX merupakan sebuah projek angkasa lepas yang diasaskan Elon Musk. Selain penerokaan Marikh, ia juga hadir dengan Starlink iaitu menawarkan sambungan internet melalui pancaran isyarat satelit.

Setelah bertahun-tahun diuji, Starlink membuat penampilan percubaan beta pertama di Amerika Syarikat dan Kanada pada bulan Oktober 2020 yang kemudian ditawarkan di beberapa negara lain.

Starlink 1
Sumber: Lowyat.net

Kini, SpaceX sudah mula menerima deposit hari ini sekiranya pengguna tempatan berminat untuk menggunakannya.

Menurut Lowyat.net, SpaceX menyatakan perkhidmatan ini perlu mengambil masa sekurang-kurangnya pada tahun 2022 dalam menyediakan internet satelit tersebut.

Starlink 2
Sumber: Lowyat.net

Tambahan lagi, deposit sebanyak AS$99 (~RM400) dikenakan yang boleh dikembalikan kelak untuk membeli Starlink Kit. Sementara, harga Starlink Kit ini pula adalah AS$499 (~RM2020) untuk harga pasaran Amerika Syarikat.

Starlink 3
Sumber: Lowyat.net

Jika ia sudah tiba di Malaysia, pengguna boleh menikmati kelajuan data dari 50Mbps hingga 150Mbps dengan latensi antara 20ms hingga 40ms semasa tempoh beta.

Walau bagaimanapun, Elon Musk menyatakan bahawa akan lebih banyak satelit dilancarkan nanti bagi memberikan kelajuan internet sehingga 300Mbps.

Meski pun begitu, internet satelit ini bukanlah yang pertama di Malaysia kerana Measat sebelum ini turut menawarkannya menerusi CONNECTme.

Penyedia Perkhidmatan Internet ConnectMe Bakal Diperkenal Mac Ini

Langganan bulanan pula dianggarkan sebanyak AS$99 (~RM401) sebulan dimana harga ini lebih tinggi berbanding CONNECTme iaitu antara RM198 hingga RM298 sebulan.

Buat masa sekarang, Starlink memerlukan kelulusan di Malaysia sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Untuk pengetahuan, internet satelit sebenarnya banyak membantu terutama di kawasan pedalaman yang mana jalur lebar gentian optik (internet fibre) masih belum ada lagi dipasang.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY