Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Memainkan Lebih 97% Judul Permainan Wii Dan GameCube Menerusi Emulator Ini

Anda Kini Boleh Memainkan Lebih 97% Judul Permainan Wii Dan GameCube Menerusi Emulator Ini

Diterbitkan Januari 2, 2024 ยท Dikemas kini Januari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada peminat judul-judul permainan Wii dan GameCube kerana anda kini boleh memainkan lebih 97% judul permainan dari platform itu pada komputer dan peranti pintar anda.

Akses kepada permainan Wii dan GameCube itu adalah meliputi pelbagai platform termasuklah sistem operasi Windows, macOS, Linux dan Android dengan adanya emulator Dolphin.

Dolphin merupakan salah satu emulator yang paling popular ketika ini kerana ia menyokong pelbagai sistem operasi.

Ia juga kerap dikemas kini dan ditambah baik oleh pasukan peminat yang berdedikasi ke atasnya.

emulator dolphin
emulator dolphin

Hari ini, 38.2% daripada semua permainan yang serasi dengan Wii (termasuk semua permainan GameCube) berjalan dengan sempurna pada emulator tersebut.

Sebanyak 58.9% lagi permainan yang serasi dengan Wii dinilai sebagai “Boleh Dimainkan”, yang bermaksud bahawa permainan ini boleh dimainkan sepenuhnya.

Dengan menggunakan emulator, pemain boleh melaraskan “resolusi dalaman” permainan yang disokong.

Ini membolehkan pemain bermain permainan pada resolusi yang lebih tinggi daripada Wii asal mereka. Ini boleh menjadikan banyak judul permainan klasik Nintendo kelihatan lebih baik daripada sebelumnya, terutamanya apabila dimainkan pada resolusi tinggi seperti 1440p atau 4K.

Banyak permainan juga boleh dimainkan pada kadar bingkai yang lebih tinggi daripada versi Wii/GameCube asal, membolehkan banyak permainan kelihatan dan bermain dengan lebih baik pada emulator Dolphin.

Emulator Dolphin ialah alat yang meniru perkakasan yang tidak lagi dihasilkan oleh Nintendo, jadi ia bukan alat cetak rompak. Dolphin direka untuk menjalankan permainan yang sah dimiliki oleh pemain.

Jadi sebab itulah sehingga kini Nintendo tidak dapat menurunkan Dolphin kerana emulator itu sah. Jika tidak, pasukan undang-undang Nintendo sudah membawanya ke luar dari talian.

Berkaitan

  • 3,000 Kad TNG NFC Percuma Untuk Pendaftaran Awal PADU
  • Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini
  • Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500

Sumber: Overclock3D

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY