3 Ciri Baru Menarik Yang Dijangka Akan Diterima Pengguna Aplikasi WhatsApp Tahun Hadapan

Salah satunya adalah  ciri menarik yang amat ditunggu-tunggu pengguna WhatsApp.


Sepanjang tahun ini, pembangun WhatsApp sedang mencuba beberapa ciri baru yang dijangka akan ditawarkan kepada pengguna dalam tahun 2020 nanti.

Secara khususnya, terdapat 3 ciri utama menarik yang sedang dicuba oleh pembangun WhatsApp.

Ciri mesej padam automatik


Ciri mesej terpadam automatik sudah dicuba sejak Oktober lalu. Tujuan kewujudan ciri ini pula semakin jelas menerusi versi WhatsApp beta terbaru sepertimana dijelaskan oleh laman Wabetainfo.

Menurut Wabetainfo, ciri mesej terpadam sendiri ini akan berfungsi sebagai alat pembersih mesej, khusus bagi membuang lambakan mesej-mesej di dalam grup.


Ciri carian menerusi imej


Satu lagi ciri baru yang akan dipernaklakn pada pengguna WhatsApp tahun hadapan adalah ciri "Search by Image".

Ciri baru ini akan membolehkan pengguna klik pada imej dan membuat carian bagi mengesahkan sumbernya. Antara tujuan ciri ini adalah dengan harapan bagi menangani isu berita palsu.


Ciri tema gelap


Ciri tema gelap pada aplikasi WhatsApp adalah ciri baru yang paling ditunggu-tunggu pengguna. Tetapan tema gelap pada WhatsApp bukan sahaja akan menjadikan aplikasi ini dengan antaramuka yang lebih segar, tetapi juga membantu mengurangkan tekanan pada mata serta didakwa mampu menjimatkan bateri peranti.

Buat masa ini, semua ciri terbaru yang dinyatakan masih dalam peringkat pembangunan dan percubaan. Tetapi pengguna aplikasi WhatsApp versi beta sudah lebih dulu dapat mencuba ciri-ciri baru ini.

Versi penuh aplikasi WhatsApp dengan ciri-ciri baru ini pula dijangkakan hanya akan ditawarkan kepada semua pengguna pada tahun 2020 nanti