Antara fungsi terbaru yang sedang diuji adalah kebolehan melayari web dari dalam aplikasi WhatsApp. Ini bermakna, apabila pautan web ditekan, paparan web akan terbuka tanpa meninggalkan aplikasi tersebut.
Namun begitu, ciri seperti rekod skrin dan screenshot tidak boleh digunakan pada fungsi ini.
Amaran juga akan diberikan kepada pengguna sekiranya halaman web yang ingin dilawati itu berbahaya.
Satu lagi fungsi yang turut diuji adalah carian imej. Kita ambil contoh, pekerja anda hadir lewat dan menghantar gambar tayar bocor.
Melalui Search Image, gambar tersebut akan dimuat naik ke Google untuk membuat carian, sama ada ia pernah muncul didalam web atau tidak.
Dengan itu, anda boleh memastikan adakah gambar itu benar-benar tulen ataupun telah dimuat turun dari mana-mana laman web.
Kedua-dua fungsi ini sedang menjalani ujian Beta dan tidak boleh dipastikan bila penawaran kepada umum akan dibuat.
Sumber: WABetaInfo 1, 2
Berkaitan
- WhatsApp Business Boleh Dimuat Turun Pengguna Tempatan
- WhatsApp Ada Kelemahan Yang Bolehkan Penggodam Memalsukan Mesej
- WhatsApp Untuk iPad Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk Kesemua Telefon Berikut
- Whatsapp Bakal Perkenal Aplikasi Yang Memudahkan Peniaga Dan Pembeli Berhubung
- Celcom Lanjutkan Tempoh WhatsApp Dan Office 365 Tanpa Had Sehingga 14 April
- Syarikat Sekuriti Siber Israel Pasang Perisian Intip Pada WhatsApp
- Whatsapp Mungkin Tambah Ciri Baru Untuk Kemaskini Akan Datang
- Whatsapp, Skype dan Facebook Messenger bakal hadapi undang-undang ketat di Eropah
- Admin Whatsapp Group Akan Bertanggunjawab Sekiranya Berlaku Perkongsian Berita Palsu Di Dalam Group