Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Setuju Untuk Lebih Telus Mengenai Perubahan Dasar – EU

WhatsApp Bangunkan Ciri Mesej Video Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan Mac 25, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi kemas kini bagi pengguna beta, WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri terbaru di mana pengguna WhatsApp akan dapat menghantar mesej pendek dalam bentuk video.

Menurut laman WABetaInfo, ciri mesej video itu dikesan menerusi kemas kini WhatsApp beta untuk iOS 23.6.0.73. Jadi ini bermakna, ciri baru ini sedang dibangunkan lebih awal kepada pengguna peranti iPhone.

WABetaInfo menjelaskan, pengguna akan dapat merakam dan menghantar video pendek berdurasi 60 saat dengan mudah kepada kenalan mereka dengan menekan butang kamera sebagai salah satu cara baru untuk berkomunikasi dengan rakan kenalan mereka di platform permesajan popular itu.

WhatsApp Bangunkan Ciri Mesej Video Untuk Pengguna iPhone

Walaupun ciri mesej video ini dibangunkan di atas platform iOS, tetapi pastinya pengguna Android akan turut sama menerima ciri ini apabila ia siap dibangunkan sepenuhnya nanti.

Tidak dinyatakan bila ia akan ditawarkan, tapi ciri terbaru mesej video WhatsApp ini dijangka mungkin akan ditawarkan dalam tahun ini juga.

Berkaitan

  • WhatsApp Desktop Versi Baharu Diperkenal, Kini Sokong Panggilan Video Sehingga 8 Orang
  • Tecno Spark 10 Dan Phantom V Fold Mungkin Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • Huawei MatePad 11 2023, Guna Snapdragon 870 Dan Pengecas 22.5W

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
©2026 WISER.MY