Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi x Pokémon GO

237 Stor Digi Di Seluruh Malaysia Menjadi ‘Pokémon Gyms’ Bermula 3 September Ini

Diterbitkan Ogos 30, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada semua pemain tegar aplikasi permainan mudah alih Pokémon GO apabila Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan bahawa mereka bersama Niantic, Inc akan menukarkan 237 Stor Digi di seluruh Malaysia menjadi Pokémon Gyms untuk aplikasi yang menyokong ciri realiti terimbuh itu.

Pengalaman realiti terimbuh itu akan mula boleh dialami dari 3 September sehingga 15 Oktober 2022.

Berkaitan

  • 'Gamer' Pasti Suka Telefon Ini, 'Gaming' Sedap Dan Sejuk
  • 'SMS Pertama Di Dunia' Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta
  • "Meta Avatars Store" Akan Dilancar, Juga Akan Hadir Dalam VR

Sepanjang tempoh itu, pemain boleh menyerbu setiap hari dan mengakses tawaran eksklusif dalam aplikasi permainan itu yang bernilai sehingga RM125,000.

Pemain juga boleh bermain tanpa henti dengan pembelian Unlimited Pokémon GO Pass berharga RM5 serta menyertai pertandingan istimewa bagi memenangi koleksi Pokémon Funko POP! .

Untuk info lebih lanjut tentang kempen ini, layari laman rasmi Pokémon Go Battle | Digi

Sumber: Media Digi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY