Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘SMS Pertama Di Dunia’ Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta

‘SMS Pertama Di Dunia’ Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Nonfungible token atau lebih popular dikenali dengan singkatan NFT, semakin hari semakin popular. Jika sebelum ini anda pernah mendengar ciapan pertama telah dilelong dalam bentuk NFT pada nilai melebih RM11 juta.

Kini, NFT SMS pertama didunia berjaya terjual dalam satu acare lelongan pada nilai $121,000 iaitu melebih setengah juta ringgit mengikut tukaran matawang asing semasa. SMS pertama tersebut berupa ucapan perayaan “Merry Christmas” yang dihantar oleh Neil Papworth kepada rakan beliau menerusi rangkaian seluluar GSM Vodafone di UK sekitar bulan Disember 1992.

Our first ever #NFT has now sold ??

The Non-Fungible Token of the world’s first SMS was auctioned off for 107k euros. We will be donating the proceedings through @VodafoneFdn to @refugees.

— Vodafone Group (@VodafoneGroup) December 21, 2021


Difahamkan bahawa, hasil daripada lelongan di Perancis tersebut akan disumbangkan pihak Vodafone kepada UNHCR untuk membantu golongan pelarian. Oleh kerana negara tersebut tidak membenarkan jualan aset tidak wujud (intangible goods), SMS pertama itu akan diiringi sekali dengan bingkai digital, memaparkan kod dan protokol komunikasi.

Mula menjadi bualan hangat, NFT yang merupakan aset digital ini semakin mendapat perhatian tahun ini melibatkan jualan karya seni bernilai jutaan ringgit. Dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas, antara karya yang dijual adalah seperti gambar, video, muzik dan juga teks.

Sumber: Vodafone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY