Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Vivobook 16

2 Varian ASUS Vivobook 16 Terbaru Dilancar – Skrin Besar, Harga Mampu Milik

Diterbitkan September 29, 2023 · Dikemas kini September 29, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini melancarkan model terbaru komputer riba skrin bersaiz 16 inci mereka, ASUS Vivobook 16 (M1605) yang dinaik taraf.

ASUS Vivobook 16 (M1605) kini dikusakan oleh siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 serta skrin 16 inci WUXGA (1920 x 1200) (16:10).

Ia juga dipadankan dengan RAM 16GB dan storan SSD berkapasiti 512GB. Selain itu ia turut dilengkapi dengan WiFi 6E untuk sambungan ultra pantas.

Vivobook 16_M1605Y_Product Photo_Lay-flat hinge
Kedudukan skrin Vivobook 16 boleh dilipat sehingga 180 darjah.
Vivobook 16_M1605Y_Product Photo_Ergosense keyboard
Papan kekunci bersaiz penuh.
Vivobook 16_X1605V_Product Photo_1K_Indie Black_15_Fingerprint
Walaupun nipis, Vivobook 16 lengkap dengan sambungan untuk pelbagai peranti.

ASUS Vivobook 16 (M1605) boleh didapati dalam dua varian, berharga daripada hanya RM2,599 untuk pilihan Ryzen 5 7530U + 8GB. Spesifikasi lengkap Ryzen 7 7730U + 16GB akan dijual pada harga RM2,999.

Kedua-dua varian akan tersedia dalam pilihan warna Indie Black dan Cool Silver daripada semua penjual semula ASUS yang sah serta e-stor rasmi ASUS seperti di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • ASUS ExpertBook B5 OLED, Laptop 16 Inci Teringan Di Dunia

Sumber: Siaran media ASUS Malaysia

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY