2 Model HONOR X Terbaru Bakal Tiba Di Malaysia, Harga Mampu Milik

Selepas kehadiran HONOR X9b 5G di pasaran Malaysia pada bulan November lalu, HONOR kini bakal membawa masuk dua lagi telefon pintar siri HONOR X ke Malaysia pada 22 Disember 2023 iaitu HONOR X8b dan HONOR X7b.

HONOR X8b




Dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 680, telefon pintar ini didatangkan dengan konfigurasi 16GB RAM (8GB + 8GB) dan kapasiti storan sebanyak 512GB.

Menggunakan paparan skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi 2412px x 1080px, ia turut dilengkapi kamera utama 108MP dengan sensor ISOCELL HM6, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP serta kamera swafoto 50MP.

Kapasiti bateri pula adalah sebanyak 4,500mAh dengan pengecas HONOR SuperCharge 35W .

HONOR X8b hadir dalam pilihan warna Glamorous Green dan Titanium Silver.

HONOR X7b




HONOR X7b hadir dalam 2 pilihan warna, Flowing Silver dan Emerald Green

Beralih pula kepada HONOR X7b yang dikuasakan dengan cipset yang sama seperti HONOR X8b, Snapdragon 680.

Paparan skrin yang digunakan telefon pintar ini pula adalah HONOR LCD 6.8 inci dengan kadar segar semula 90Hz serta resolusi 2412px x 1080px.

Ia turut dilengkapi memori 8GB + 8GB RAM serta kapasiti storan 256GB dan terdapat slot kad memori mikro SD (sehingga 1TB).

Di sudut kamera pula, telefon ini menggunakan kamera utama 108MP dengan ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP serta kamera swafoto 8MP.

Untuk kapasiti bateri pula ia dimuatkan dengan bateri sebanyak 6,000mAh serta hadir bersama pengecas 35W.

Dengan tarikh tetap 22 Disember 2023, anda boleh beli HONOR X8b dengan harga RM999 dan HONOR X7b pada harga RM799.

Untuk info lanjut dan pembelian peranti HONOR X8b dan HONOR X7b ini, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=y73NzBHj7Ko

(Beli pelbagai produk Honor dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

{suggest}

Sumber: Siaran Media HONOR