Aplikasi eksperimen dari Google Creative Lab.
Ketagihan telefon pintar merupakan isu yang hangat diperdebatkan sejak beberapa tahun lalu.
Malah isu ketagihan ini juga masih diperdebatkan sehingga kini. Ketagihan telefon pintar pula bukan sahaja boleh berlaku pada peringkat umur tertentu.
Sebaliknya boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Sesiapa sahaja boleh menjadi ketagih sehingga menjadi kronik jika tiada kawalan terhadap penggunaan peranti pintar dari peringkat awal.
Atas kesedaran itu, pihak Google menerusi divisyen Google Creative Lab telah membangunkan 2 aplikasi khas yang direka khusus bagi membantu pengguna daripada ketagihan peranti pintar.
2 Aplikasi yang dibangunkan oleh Google Creative Lab ini adalah Activity Bubbles dan Screen Stopwatch
Activity Bubbles dan Screen Stopwatch
Activity Bubbles dan Screen Stopwatch secara asasnya adalah aplikasi wallpaper yang bertujuan menjejaki pengguna menghabiskan masa mereka di peranti pintar mereka.
Sebagai contoh, aplikasi Activity Bubbles akan menghasilkan imej bulat sebagai wallpaper langsung pada skrin peranti.
Imej bulat itu pula akan muncul dengan imej baru setiap kali anda membuka kunci peranti.
Malah imej bulat itu juga akan membesar apabila semakin lama anda menghabiskan masa di peranti tersebut.
Manakala aplikasi Screen Stopwatch pula memberitahu pengguna masa yang mereka telah habiskan pada peranti mereka setiap hari. Setiap kali peranti dinyah kunci, Stopwatch akan mula berjalan dengan memaparkannya kepada pengguna.
Jadi, menerusi 2 aplikasi ini diharapkan pengguna akan lebih peka terhadap masa yang telah dihabiskan mereka sepanjang hari di depan skrin peranti.
Aplikasi Activity Bubbles dan Screen Stopwatch ini boleh dimuat turun secara percuma terus menerusi Google Play Store.
Berkaitan
- Google Maps Kini Dengan Kesan Visual 'Hyperdrive'
- Aplikasi Gerak Tidak Mendapat Perakuan Majlis Keselamatan Negara
- Google Akan Mula Memadam Foto Dan Segala Kandungan Pemilik Akaun Jika Tidak Aktif
- Huawei Buang Aplikasi WiFi Merbahaya Ini Dari Stor Mereka, Juga Tiada Lagi Ditawar Aplikasi 'Pembersih Sistem'
- Ini Rupa Logo Baharu Google Play Selepas Kali Terakhir Diubah 6 Tahun Lalu
- Facebook Diam-Diam Membangunkan Aplikasi Permesejan Baru Yang Dipanggil "Threads"
- Sony Telah Memfailkan Hak Tanda Dagang Bagi 5 Generasi PlayStation Akan Datang
- Menjawab Kemusykilan Permohonan Permit Pergerakan Rentas Negeri Di Aplikasi Gerak Malaysia
- Google Mengetatkan Proses Pengesahan Ciri Penjejakan Di Dalam Aplikasi Android
- Peminat Filem-Filem Lama Kena Muat Turun Aplikasi Ini Ke Dalam Telefon Pintar Anda