Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei appgallery

Huawei Buang Aplikasi WiFi Merbahaya Ini Dari Stor Mereka, Juga Tiada Lagi Ditawar Aplikasi ‘Pembersih Sistem’

Diterbitkan Julai 12, 2022 · Dikemas kini Julai 12, 2022 oleh ariff bukhari

Huawei dilaporkan telah membuang sebuah aplikasi pengurusan WiFi yang dikenali sebagai WiFi Master Key dari stor mereka iaitu AppGallery .

Ia selepas aplikasi itu didapati sebagai berisiko dan membahayakan peranti penggunanya.

Ekoran itu, Huawei menasihatkan para pengguna perantinya untuk membuang aplikasi WiFi itu dari peranti mereka dengan segera.

WiFi Master Key 
Aplikasi WiFi Master Key ini masih ada ditawarkan dalam Google Play Store.

Sebelum ini Huawei telah mengisukan polisi baru terhadap pembangun dengan melarang pembangun aplikasi untuk tidak lagi menawarkan aplikasi WiFi dan aplikasi pengurusan sistem (membersihkan sistem peranti) di dalam stor AppGallery mereka.

Huawei menyatakan aplikasi-aplikasi sedemikian melanggar polisi data pengguna dengan berpotensi mengakses data peribadi pengguna peranti mereka.

Bagi aplikasi-aplikasi kategori seperti itu yang tersedia di tawar dalam AppGallery, Huawei akan menyemak dengan terperinci ke atas aplikasi tersebut dan akan membuangnya dari stor jika didapati melanggar polisi data pengguna mereka.

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY