Ini Senarai Telefon Huawei Yang Akan Terima EMUI 12

Walaupun sudah mengumumkan secara rasmi sistem operasi tersendiri, Harmony OS sejak 2019 lagi, Huawei masih lagi memerlukan Android. Ketika mana Harmony OS kini sedang giat ditawarkan untuk pengguna di China, pengguna global pula dihidangkan dengan EMUI 12.

Lanjutan daripada itu, Huawei baru-baru ini telah membariskan beberapa model yang bakal menerima kemaskini sistem operasi EMUI 12. Bagaimanapun, syarikat pengeluar itu tidak menyatakan secara spesifik versi Android mana yang akan digunakan. Namun, kita bolehlah menjangkakan ia sama seperti Nova 9 yang datang dengan Android 11.

Ini ialah senarai peranti yang bakal menerima EMUI bermula pertengahan 2022:

  • Huawei Mate 40 Pro

  • Huawei P40 Pro+

  • Huawei P40 Pro

  • Huawei P40

  • Huawei Mate Xs

  • Huawei Mate 30 Pro

  • Huawei Mate 30

  • Huawei P30 Pro

  • Huawei P30

  • Huawei Mate 20 Pro

  • Huawei Mate 20 RS

  • Huawei Mate 20 X 5G

  • Huawei Mate 20 X

  • Huawei Mate 20

  • Huawei P20 Pro

  • Huawei P20

  • Huawei Mate 10 Porsche Design

  • Huawei Mate 10 Pro

  • Huawei Mate 10

  • Huawei Nova 7

  • Huawei Nova 7 SE

  • Huawei Nova 7i

  • Huawei Nova 5T

  • Huawei Nova 4

  • Huawei Nova 4e

  • Huawei Y9 Prime 2019

  • Huawei Y9s

  • Huawei Y8p


Bagi model siri Mate dan P yang terkini pula, versi beta EMUI 12 dijangka akan dilepaskan tidak lama lagi manakala Huawei nova 8 dan nova 9 sudah dipasang EMUI 12 secara lalai.

Seperti Harmony OS 2.0, EMUI 12 lebih mengetengahkan integrasi ekosistem Huawei sendiri di mana perkongsian fail serta kawalan jauh menjadi lebih mudah. Selain itu, rekaan dan animasi baru juga turut hadir dalam versi terbaru ini dengan perubahan besar pada antaramuka notifikasi.

Sumber: MyDrivers

Baca juga: