Lebih 10 Juta Peranti Android Telah Dijangkiti Perisian Hasad Terbaru GriftHorse

Dikemas kini pada 13 Oktober 2021.

Penyelidik keselamatan dari Zimperium zLabs telah mendedahkan lebih daripada 100 aplikasi yang ditawarkan di Google Play Store telah dijangkiti dengan perisian hasad terbaru yang dikenali sebagai GriftHorse.

Perisian hasad ini bertindak mendaftarkan mangsanya dengan servis langganan premium berbayar dan dipercayai telah mencuri jutaan Euro melalui servis tersebut.

Penyelidik menyatakan, mereka percaya GriftHorse telah menjangkiti lebih daripada 10 juta pengguna peranti Android dilebih 70 buah negara termasuklah Malaysia.

Aplikasi-aplikasi yang terjejas pula meliputi pelbagai kategori seperti aplikasi produktiviti, pendidikan, hiburan dan kesihatan.

Zimperium zLabs yang merupakan ahli Google App Defense Alliance telah menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang terjejas dengan perisian hasad tersebut dan memaklumkan kepada pihak Google.

Berikut adalah senarai aplikasi-aplikasi yang terjejas dengan perisian hasad  GriftHorse yang dilaporkan oleh Zimperium zLabs :-

  1. Heart Rate and Pulse Tracker
  2. Geospot: GPS Location Tracker
  3. iCare – Find Location
  4. My Chat Translator
  5. Bus – Metrolis 2021
  6. Free Translator Photo
  7. Locker Tool
  8. Fingerprint Changer
  9. Call Recoder Pro
  10. Instant Speech Translation
  11. Racers Car Driver
  12. Slime Simulator
  13. Keyboard Themes
  14. What’s Me Sticker
  15. Amazing Video Editor
  16. Safe Lock
  17. Heart Rhythm
  18. Smart Spot Locator
  19. CutCut Pro
  20. OFFRoaders – Survive
  21. Phone Finder by Clapping
  22. Bus Driving Simulator
  23. Fingerprint Defender
  24. Lifeel – scan and test
  25. Launcher iOS 15
  26. Idle Gun Tycoo\u202an\u202c
  27. Scanner App Scan Docs & Notes
  28. Chat Translator All Messengers
  29. Hunt Contact
  30. Icony
  31. Horoscope : Fortune
  32. Fitness Point
  33. Qibla AR Pro
  34. Heart Rate and Meal Tracker
  35. Mine Easy Translator
  36. PhoneControl Block Spam Calls
  37. Parallax paper 3D
  38. SnapLens – Photo Translator
  39. Qibla Pass Direction
  40. Caller-x
  41. Clap
  42. Photo Effect Pro
  43. iConnected Tracker
  44. Smart Call Recorder
  45. Daily Horoscope & Life Palmestry
  46. Qibla Compass (Kaaba Locator)
  47. Prookie-Cartoon Photo Editor
  48. Qibla Ultimate
  49. Truck – RoudDrive Offroad
  50. GPS Phone Tracker – Family Locator
  51. Call Recorder iCall
  52. PikCho Editor app
  53. Street Cars: pro Racing
  54. Cinema Hall: Free HD Movies
  55. Live Wallpaper & Background
  56. Intelligent Translator Pro
  57. Face Analyzer
  58. TrueCaller & TrueRecoder ( Aplikasi palsu TrueCaller & TrueRecoder ini tiada kena mengena dengan aplikasi TrueCaller yang dibangunkan oleh True Software Scandinavia AB)
  59. iTranslator_ Text & Voice & Photo
  60. Pulse App – Heart Rate Monitor
  61. Video & Photo Recovery Manager 2
  62. Быстрые кредиты 24\7
  63. Fitness Trainer
  64. ClipBuddy
  65. Vector arts
  66. Ludo Speak v2.0
  67. Battery Live Wallpaper 4K
  68. Heart Rate Pro Health Monitor
  69. Locatoria – Find Location
  70. GetContacter
  71. Photo Lab
  72. AR Phone Booster – Battery Saver
  73. English Arabic Translator direct
  74. VPN Zone – Fast & Easy Proxy
  75. 100% Projector for Mobile Phone
  76. Forza H Mobile 4 Ultimate Edition
  77. Amazing Sticky Slime Simulator ASMR\u200f
  78. Clap To Find My Phone
  79. Screen Mirroring TV Cast
  80. Free Calls WorldWide
  81. My Locator Plus
  82. iSalam Qibla Compass
  83. Language Translator-Easy&Fast
  84. WiFi Unlock Password Pro X
  85. Pony Video Chat-Live Stream
  86. Zodiac : Hand
  87. Ludo Game Classic
  88. Loca – Find Location
  89. Easy TV Show
  90. Qibla correct Quran Coran Koran
  91. Dating App – Sweet Meet
  92. R Circle – Location Finder
  93. TagsContact
  94. Ela-Salaty: Muslim Prayer Times & Qibla Direction
  95. Qibla Compass
  96. Soul Scanner – Check Your
  97. CIAO – Live Video Chat
  98. Plant Camera Identifier
  99. Color Call Changer
  100. Squishy and Pop it
  101. Keyboard: Virtual Projector App
  102. Scanner Pro App: PDF Document
  103. QR Reader Pro
  104. FX Keyboard
  105. You Frame
  106. Call Record Pro
  107. Free Islamic Stickers 2021
  108. QR Code Reader – Barcode Scanner
  109. Bag X-Ray 100% Scanner
  110. Phone Caller Screen 2021
  111. Translate It – Online App
  112. Mobile Things Finder
  113. Proof-Caller
  114. Phone Search by Clap
  115. Second Translate PRO
  116. CallerID
  117. 3D Camera To Plan
  118. Qibla Finder – Qibla Direction
  119. Stickers Maker for WhatsApp
  120. Qibla direction watch (compass)
  121. Piano Bot Easy Lessons
  122. CallHelp: Second Phone Number
  123. FastPulse – Heart Rate Monitor
  124. Caller ID & Spam Blocker
  125. Free Coupons 2021
  126. KFC Saudi – Get free delivery and 50% off coupons
  127. Skycoach
  128. HOO Live – Meet and Chat
  129. Easy Bass Booster
  130. Coupons & Gifts: InstaShop
  131. FindContact
  132. Launcher iOS for Android
  133. Call Blocker-Spam Call Blocker
  134. Call Blocker-Spam Call Blocker
  135. Live Mobile Number Tracker

Ekoran daripada penemuan itu, pihak Google telah membuang aplikasi-aplikasi tersebut dari ditawarkan dalam Play Store mereka.

Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi yang disenaraikan di atas ke dalam peranti pintar Android anda, bolehlah membuangnya dengan segera.

Sumber: Zimperium zLabs

Komen