14 Aplikasi Penyunting Video Percuma Untuk Android Atau iOS

Selain foto, pengguna telefon pintar masa kini turut gemar berkongsi kandungan berbentuk video pada media sosial mereka.

Banyak aplikasi yang ditawarkan ketika ini dan bagi anda yang masih tercari-cari, dibawah adalah 14 senarai aplikasi penyunting video yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google PlayStore.

1. FilmoraGo (Android atau iOS)


Antara aplikasi pilihan yang digemari pengguna. Mempunyai ciri sokongan untuk penghasilan video 1:1 bagi Instagram, 16:9 bagi YouTube, gerak perlahan dan lain-lain.

Menyediakan beberapa fungsi yang perlu dibayar tetapi kebanyakkan ciri menarik ditawarkan secara percuma.

2. Adobe Premiere Clip (Android atau iOS)


Penggunaan aplikasi tidak terganggu dengan paparan iklan. Berupaya berkongsi hasil video terus ke platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan YouTube.

3. VideoShow (Android)


Mempunyai lebih daripada 50 tema yang boleh digunakan. Antaramuka kemas menampilkan fungsi menambah teks, muzik dan kesan bunyi ke dalam video.

4. PowerDirector Video Editor (Android)


Terdapat lebih 30 kesan khas untuk menaikkan lagi kreativiti anda menyunting video. Boleh eksport video 4K.

5. KineMaster (Android atau iOS)

Mempunyai  ciri pratonton pantas untuk melihat penyuntingan. Mampu menggabungkan beberapa lapisan video, imej, teks, kesan dan lain-lain.

6. Quik (Android atau iOS)



Aplikasi yang dibangunkan oleh GoPro. Tiada paparan iklan yang merimaskan dengan penawaran simpanan pada resolusi 1080p atau 720p.

7. VivaVideo (Android atau iOS)



Digunakan lebih dari 400 juta pengguna diserata dunia. Banyak template dan tema tersedia untuk dipilih. Video yang siap disunting boleh dikongsikan secara terus ke laman sosial anda.

8. Funimate (Android atau iOS)



Perlukan kesan yang menarik? Funimate mempunyai lebih dari 100 kesan khas video. Pengguna perlu mendaftar masuk sebelum menggunakan aplikasi ini. Anda boleh mendapatkan pengikut atau menjadi pengikut kepada akaun pengguna lain.

9. Magisto Video Editor & Maker (Android atau iOS)


Sesuai digunakan untuk pengguna yang kurang arif bab-bab suntingan video.

10. Movie Maker For YouTube & Instagram (Android atau iOS)



Aplikasi terakhir yang mungkin anda boleh gunakan adalah Movie Maker Filmmaker. Dibekalkan dengan pelbagai sticker, filter dan kesan sinematik.

11. LapseIt (Android atau iOS)



Aplikasi ini ringkas tetapi mampu memberikan hasil suntingan yang mantap. Mahu mengambil gambar awan bergerak? Matahari terbenam? LapseIt mungkin sesuai bagi anda.

12. OverVideo (iOS)



Maaf pengguna Android, aplikasi ini hanya ditawarkan pada iOS sahaja. Hadir dengan ciri-ciri menarik seperti tambah muzik, tambah teks dan macam-macam lagi.

13. Vizmato (Android atau iOS)



Jika anda mencari aplikasi suntingan yang pantas, Vizmato merupakan salah satu aplikasi yang boleh anda gunakan. Anda boleh rakam video menggunakan aplikasi ini secara HD pada kamera depan ataupun kamera belakang. Seperti aplikasi-aplikasi yang lain, ia menawarkan pelbagai pilihan tema, penapis, pelekat dan juga jenis tulisan.

14. CuteCut (Android atau iOS)

https://www.youtube.com/watch?v=VuMMEOMoHHU

Sesetengah pengguna mencipta iklan di Instagram Story menggunakan aplikasi ini. Ia memudahkan anda melukis sebarang bentuk terus keatas video selain mempunyai antaramuka yang mesra pengguna.

Anda menggunakan aplikasi penyunting video yang lain? Boleh kongsikan diruang komen.