Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HarmonyOS Android fork

HarmonyOS Sebenarnya Adalah Versi Android Yang Diubah Suai

Diterbitkan Februari 3, 2021 · Dikemas kini Februari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Huawei telah membangunkan sistem operasi mereka yang tersendiri, dikenali sebagi HarmonyOS. HarmonyOS merupakan sistem operasi alternatif Huawei yang dibangunkan setelah syarikat itu menerima sekatan perdagangan di Amerika Syarikat.

Terkini, pendedahan dari Ars Technica mendakwa HarmonyOS sebenarnya adalah versi Android yang telah diubah suai atau dijenamakan semula.

Secara dasarnya, Huawei menyatakan HarmonyOS bukanlah berasaskan Android dan mempunyai sistem operasi yang berbeza dari iOS mahupun Android. Ia sebaliknya menggunakan sistem perisian sumber terbuka yang berdiri dengan sendiri.

HarmonyOS Sebenarnya Adalah Versi Android Yang Diubah Suai

Namun, melalui pendedahan oleh Ars Technica, terdapat beberapa perkara yang digariskan. Untuk mendapat akses pembangun, ia memerlukan pemeriksaan latar belakang selama dua hari yang merangkumi penghantaran salinan pasport, ID peribadi, dan kad kredit kepada Huawei .

HarmonyOS Android fork

Setelah menerima akses tersebut, HarmonyOS dilihat adalah versi Android 10 yang diubah suai.

Tidak menjadi suatu kesalahan apabila Huawei mengubah suai Android dan menjenamakan semula sistem operasi mereka. Namun, Huawei sepatutnya perlu bersikap lebih jujur, bukannya mengatakan sistem operasi mereka dibangunkan dari mula dan berbeza dari Android.

Kesimpulannya, HarmonyOS umpama EMUI 11 yang ditukat kulit dan dijenamakan semula serta masih berasaskan Android. Dalam erti kata lain, HarmonyOS adalah Android, namun dengan versi yang lebih perlahan.

Sumber: Ars Technica via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY