Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ZTE Axon 20 – Telefon Pertama Dengan Kamera Bawah Paparan Rasmi Dilancarkan

ZTE Axon 20 5G Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan Kini Hadir Buat Pasaran Global

Diterbitkan Disember 22, 2020 oleh Amsyar Latif

ZTE terdahulu telah mengumumkan Axon 20 5G dan ia rasmi dilancarkan di China pada September yang lalu. Kini, telefon pintar yang hadir dengan kamera bawah paparan pertama di dunia ini sudah tersedia buat pasaran global termasuk Malaysia.

Walau bagaimanapun, penjualan awal bagi telefon pintar ini akan dilakukan melalui kod jemputan (terhad 200 unit) yang boleh didapati menerusi New Vision Club ZTE dan juga saluran rasmi media sosial ZTE.

ZTE Axon 20 – Telefon Pertama Dengan Kamera Bawah Paparan Rasmi Dilancarkan

Tambahan lagi, pelanggan yang telah menempah Axon 20 5G turut akan menerima fon telinga tanpa wayar ZTE TWS LiveBuds.

Dari segi harga, ia dijual pada AS$449 iaitu sekitar RM1820. Namun, telefon pintar ini masih belum hadir menerusi ZTE Malaysia.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY