Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL Beli Pusat Data Dari Singapura, Mahu Jadi Platform Pusat Data Serantau Asia Tenggara

YTL Beli Pusat Data Dari Singapura, Mahu Jadi Platform Pusat Data Serantau Asia Tenggara

Diterbitkan Disember 21, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

YTL Power International Berhad mengumumkan mereka telah mengambil alih sebuah syarikat startup dari Singapura, Dodid Pte Ltd. Pengambilalihan ini dilakukan melalui anak syarikat YTL iaitu YTL Data Center Holdings Pte Ltd (YTL DC) yang berpengkalan di sana.

Dibangunkan sejak 2018, Dodid ialah syarikat yang mempunyai pusat data hijau (mesra alam) yang menyediakan perkhidmatan dalam skala besar. Dodid mempunyai pusat data tahap 3 dengan 12.5 megawatt bersama ruang 39,000 kaki persegi yang menggunakan kuasa sebanyak 150W untuk setiap kaki persegi. Pusat data mereka di Tagore Industrial Ave mempunyai ketinggian siling 4 meter dari lantai.

YTL berkata ini adalah salah satu langkah mereka ke arah mewujudkan platform pusat data serantau di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, YTL DC juga sedang berusaha untuk membina pusat data 300MW menjelang 2030, terutamanya di hab utama di Singapura, Kuala Lumpur dan Johor.

Sumber: The Edge Markets

Baca juga:

  • Telefon Terbaik Bawah RM2200 (2021)
  • Pemberian 7GB Data Percuma Yes Kepada Pelajar Universiti Dilanjutkan
  • 5G: Kerajaan Atau Syarikat Telekomunikasi Yang Sediakan? Jawapannya Januari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY