Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wheelless Bike

YouTuber Cipta Basikal “Tanpa Roda”

Diterbitkan Jun 29, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang YouTuber telah menghasilkan sebuah basikal tanpa roda. YouTuber bernama The Q itu melakukan modifikasi ke atas basikal sedia ada sebagai eksperimennya.

Walaupun basikal The Q itu tidak mempunyai roda, ia masih bergantung pada elemen berputar yang membantu menggerakkannya ke hadapan.

Basikal ini dilengkapi dengan dua set tali pinggang roda, dipasang pada sudut yang tidak masuk akal tetapi menarik perhatian

Cara basikal tanpa roda ciptaan The Q ini berfungsi adalah seperti kereta kebal di mana dengan tali sawat, ia memutar roda bagi memacu penunggang ke hadapan dengan mengayuhnya.

Jadi, adakah boleh untuk mengatakan bahawa basikal ini tidak mempunyai roda?

Sudah tentunya tidak, ini kerana ia masih mempunyai elemen berputar, tetapi tanpa menggunakan roda bergetah yang besar yang biasa digunakan pada sesebuah basikal.

The Q bukanlah asing bereksperimen dengan basikal.

Sebelum ini beliau pernah memuatkan sebanyak 50 bola tennis ke dalam roda basikal (depan dan belakang) sebagai menggantikan angin tayar dan membuat tayar basikalnya bercahaya dan boleh bertukar warna.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Indonesia Dan SpaceX Lancar Satelit SATRIA-1 Untuk Beri Akses Internet Di Kawasan Terpencil
  • Ducati Lancar Basikal Gunung Elektrik Edisi Terhad Berharga Lebih RM55 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY