Youtube Red kini boleh dilanggan oleh rakyat Mexico





Youtube Red, ialah salah sebuah servis premium yang kini boleh dilayari oleh warga Mexico. sebelum ini Youtube hanya boleh dilayari di Australia, New Zealand, dan semestinya di Amerika Syarikat.



Youtube kini sedang berbincang dengan pihak yang berkenaan di Mexico untuk menembusi market mereka di Mexico. Red Original adalah sebuah siaran eksklusif dimana hanya pelanggan yang dapat menonton video di Youtube Red.



Buat masa ini beberapa selebriti youtube yang bekerjasama dengan Youtube red seperti PewdiePie, Lilly Sigh dan Rooster Teeth. Kini akan ada lebih banyak pelanggan dari Mexico untuk melayari servis premium ini.



Selain dari servis premium, Youtube Red juga tidak mempunyai sebarang iklan dan membenarkan video dimainkan di latar belakang. Ianya juga dapat di muat turun terus ke peranti pelanggan. Tambahan pula, ianya dilengkapi dengan Google Play Music All Acess yang membolehkan pelanggan menguruskan Google Play Music Library dengan citarasa mereka sendiri.



Di Mexico, Youtube Red berharga 99 pesso secara bulanan yakni RM 25 dimana ianya lebih murah berbanding di Amerika Syarikat iaitu sebanyak RM 40. Youtube belum bercadang membuka Youtube Red di pasaran Asia. Harapnya kita dapat menikmati servis premium dari Ypoutube ini dalam masa terdekat ini.