Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YES AI 30 Dilancarkan – 5G Advanced Tanpa Had, ILMUchat Pro Percuma, RM20/Bulan Untuk 6 Bulan Pertama

YES AI 30 Dilancarkan – 5G Advanced Tanpa Had, ILMUchat Pro Percuma, RM20/Bulan Untuk 6 Bulan Pertama

Diterbitkan September 14, 2026 ยท Dikemas kini September 14, 2026 oleh Amalina Athman

Yes kini memperkenalkan AI 30, pelan pascabayar baharu yang menggabungkan 5G Advanced tanpa batasan bersama ILMUchat Pro.

AI 30 ditawarkan pada RM20 sebulan untuk enam bulan pertama, sebelum harganya menjadi RM30 sebulan selepas tempoh tersebut. Dengan pelan ini, pengguna boleh menikmati data dan kelajuan 5G Advanced tanpa batasan, manakala data 4G pula ditawarkan tanpa had pada kelajuan sehingga 7Mbps.

Untuk penggunaan harian, AI 30 turut merangkumi 12GB hotspot, panggilan tanpa had serta SMS tanpa had kepada pengguna Yes.

Dalam pelan yang sama, pengguna juga diberikan akses ILMUchat Pro secara percuma, yang menawarkan lebih banyak mesej harian, muat naik fail dan imej, serta ciri Deep Research dengan penyelidikan daripada pelbagai sumber.

pelan Yes AI 30

Dari segi komitmen langganan, AI 30 hadir tanpa kontrak dan pelanggan juga tidak dikenakan bayaran pendahuluan ketika pendaftaran.

Bagaimanapun, pelan ini tidak menyokong perayauan antarabangsa. Pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan Yes ketika berada di luar negara perlu menaik taraf kepada pelan pascabayar lain yang menyokong International Roaming menerusi aplikasi MyYes.

AI 30 kini tersedia kepada rakyat Malaysia pada harga RM20 sebulan untuk enam bulan pertama. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Yes atau FAQ Yes AI 30.

Berkaitan

  • Yes Perkenal 5G Advanced 'Starter Pack' - RM10/Bulan, 20GB Data
  • Pengguna Yes Dengan iPhone 15 Ke Atas Kini Boleh Guna 5G Advanced
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY