Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi watch s1

Xiaomi Watch S1, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Bateri Tahan Lebih Dari Seminggu

Diterbitkan Disember 30, 2021 · Dikemas kini Disember 30, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara tahunan Xiaomi yang menyaksikan kemunculan siri Xiaomi 12, mereka juga tidak ketinggalan memperkenalkan sebuah lagi peranti selain telefon, Xiaomi Watch S1.

Xiaomi Watch S1 ialah sebuah jam tangan pintar dalam kelas premium yang datang dengan reka bentuk jam yang konvensional.

xiaomi watch s1 hitam

Menggunakan skrin AMOLED sebesar 1.43 inci, paparannya mempunyai ketumpatan sehingga 326PPI dan dilapisi kaca nilam di atas dan keluli tahan karat sebagai bingkai.

xiaomi watch s1 tepi

Lumrah sebuah jam tangan pintar, ia boleh menjawab dan menolak panggilan kerana mempunyai mikrofon dan pembesar suara serta juga boleh digunakan untuk bersukan dengan 117 mod sukan berserta kemampuan tahan air sehingga 5ATM.

xiaomi watch s1 3 warna

Tidak cukup dengan itu, ciri biasa untuk jam 2021 pastinya turut disertakan. Ia boleh memantau kualiti tidur pengguna, kadar degupan jantung dan pemantauan Sp02, NFC, GPS, Galileo dan kedudukan GNSS dwifrekuensi.

Dikuasakan dengan bateri sebesar 470mAh, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 12 hari dan jika 24 hari jika tidak digunakan. Xiaomi turut menyertakan pembantu maya ciptaan mereka, Xiao AI ke dalam jam tangan ini.

xiaomi watch s1 3 warna 2

Ia tersedia dengan pilihan tali jam kulit dan getah namun dengan harga yang berbeza. Dijual dengan tanda harga RMB1,099 (~RM720), ia akan mula dijual di China esok dan belum pasti apakah ia akan dibawa ke Malaysia jika tersedia untuk pasaran global.

Baca juga:

  • Boleh Mula Mohon Dan Semak Untuk Terima Bantuan Keluarga Malaysia
  • Apa Yang Anda Perlukan Untuk Mendengar Lagu Hi-Fi Atau Hi-Res?
  • Beli Laptop Percuma Printer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY