Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Studios Wide

Xiaomi Studios – Khusus Untuk Penghasilan Filem Pendek Dari Telefon

Diterbitkan Jun 21, 2021 · Dikemas kini Jun 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi baru sahaja mengumumkan penubuhan Xiaomi Studios, iaitu studio yang memfokuskan penghasilan kandungan video daripada telefon pintar.

Pada masa yang sama juga, mereka turut mengumumkan program Xiaomi Creator untuk menggalakkan pencipta kandungan bereksperimentasi dan menyerlahkan kreativiti dalam menghasilkan filem hanya menggunakan telefon pintar.

Xiaomi Studios – Khusus Untuk Penghasilan Filem Pendek Dari Telefon

Buat pengetahuan, Apple turut pernah menghasilkan filem pendek “Three Minutes” pada tahun 2018 yang dirakam di China. Nampaknya Xiaomi juga ingin mengikut jejak langkah mereka.

Xiaomi Studios_1

Sementara itu, bersempena pengenalannya sebuah dokumentari bertemakan hari bapa telah dihasilkan menerusi rakaman dari Xiaomi Mi 11 Ultra.

Ini juga adalah salah satu langkah awal dari Xiaomi dalam mempromosikan kebolehan perantinya. Malah, ketua Xiaomi Studios – Li Xin turut berkata rakaman dari telefon pintar bakal mengubah landskap dalam industri filem satu hari nanti.

Sumber: sina

Baca juga – Xiaomi Mi Mix 4 Mungkin Lebih Mahal Dari Mi 11 Ultra Dan Ada Kamera Bawah Paparan

Baca juga – Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Baca juga – Walaupun Selepas 4 Tahun, Peranti Xiaomi Ini Didakwa Masih Ramai Menggunakannya

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY