Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walaupun Selepas 4 Tahun, Peranti Xiaomi Ini Didakwa Masih Ramai Menggunakannya

Walaupun Selepas 4 Tahun, Peranti Xiaomi Ini Didakwa Masih Ramai Menggunakannya

Diterbitkan Jun 21, 2021 oleh ariff bukhari

CEO Xiaomi, Lei Jun telah berkongsikan sedikit fakta menarik berkenaan salah satu model telefon pintar terdahulu keluaran syarikatnya.

Model telefon pintar Xiaomi itu adalah Xiaomi Mi 6 iaitu sebuah peranti yang flagship dan merupakan salah satu model paling popular keluaran syarikat tersebut.

Lei Jun menerusi platfom sosial Weibo mendakwa, Mi 6 yang diumumkan dalam bulan April 2017 dahulu sehingga kini masih terdapat sejumlah 2.15 juta pengguna yang masih menggunakannya di seluruh dunia.

Walaupun Selepas 4 Tahun, Peranti Xiaomi Ini Didakwa Masih Ramai Menggunakannya

Xiaomi Mi 6 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snadragon 835 dengan RAM 6GB dan 64 GB ruang storan merupakan antara peranti paling berkuasa ketika itu.

Ia juga dikatakan sebagai telefon pintar pertama dari Xiaomi yang disertakan dengan dua speaker bagi menghasilkan audio stereo.

Malah Mi 6 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3350 mAh menjadikannya antara peranti pintar dengan kapasiti bateri terbesar jika dibandingkan dengan telefon utama yang lain ketika itu.

Ia juga turut dilengkapi dengan pengecas pantas 18W serta menjadi antara model terawal telefon pintar Xiaomi yang tidak dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm.

Sumber: Gizmo China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY