Beberapa tahun ini kita mungkin jarang mendengar mengenai siri Xiaomi Mi Mix dimana kali terakhir ia diperkenalkan adalah menerusi Mi Mix Fold bulan April lepas, manakala Mi MIx 3 sekitar 2019 yang sudah.
Awal minggu ini pula timbul khabar angin yang menyatakan telefon andalan (flagship) pula akan dilancarkan tidak lama lagi. Terbaru, tiba lagi perkhabaran yang mengaitkan nama ‘Mi Mix 4’ akan diumumkan rasmi sekitar suku ketiga tahun ini.
Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi
Bukan setakat itu, laporan yang muncul dari China mendakwa peranti berkenaan bakal tampil dengan ciri kamera dibawah paparan. Ini sekaligus menjadikan skrin peranti ‘bersih’ tanpa bezel yang tebal, rekaan berlubang mahupun takuk.
Ramalan spesifikasi pula digembar-gemburkan dengan penggunaan skrin 2K, Snapdragon 888, bateri 4500mAh, serta pengecasan 120W.
Baca juga – Kamera Bawah Paparan
Selain itu, Mi Mix 4 dijangka tampil diperkenalkan pada harga lebih mahal berbanding Mi 11 Ultra. Sebagai rujukan, Mi 11 Ultra dipasarkan di China sekitar ~RM3790 hingga RM4417. Sementara itu untuk pasaran tempatan ia rasmi pada harga RM4299.
Buat masa sekarang ia hanyalah khabar angin, sama ada ia benar-benar muncul seperti yang dilaporkan, sama-sama kita nantikan.
Sumber: MyDrivers