Namun, Xiaomi sebenarnya sudah ada peranti tablet mereka tersendiri tetapi kali terakhir kita lihat adalah pada tahun 2018 menerusi Mi Pad 4. Terbaru, DigitalChatStation mengkhabarkan bahawa Xiaomi sedang membangunkan dua tablet baharu.
Antara spesifikasi yang akan ditawarkan adalah kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuh 240Hz yang mana kebiasaannya hanya hadir untuk iPad Pro dan siri S Galaxy Tab.
Perbezaan bagi kedua-dua tablet tersebut adalah pada cip pemprosesannya dimana satu varian dikuasakan Snapdragon 780G. Sementara varian lain pula dari Snapdragon 860.
Walaupun cip tersebut sudah lama dan hanya menyokong 90Hz tetapi Xiaomi dikatakan akan menggunakan pemacu paparan Novatek.
Tambahan lagi, kesemua peranti baharu tersebut masih belum diketahui bilakah akan dilancarkan buat pasaran.
Sumber: Gizchina
Berkaitan
- Pengecasan Pantas 200W Xiaomi Beri Kesan Pada Hayat Bateri
- Xiaomi Bakal Melancarkan Produk Baharu Pada 15 September
- Imej Komputer Xiaomi Mi 11 Lite Tertiris, Hadir Dengan Skrin Rata
- Xiaomi Bakal Lancar Redmi Note 8 Versi 2021
- Pengecasan 200W Xiaomi Mungkin Akan Dilancar Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Bakal Melancarkan TV 8K 5G Di China Pada 28 September
- Kedai Rasmi Xiaomi Enchen Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 Januari
- Xiaomi Kerjasama Dengan Planetarium Negara Untuk Ambil Foto Bintang
- Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar - Xiaomi Smart Glasses
- Xiaomi Akan Ambil 5 Ribu Jurutera Melibatkan Kamera, 6G Dan Bidang Lain Tahun Hadapan