Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 x planetarium negara

Xiaomi Kerjasama Dengan Planetarium Negara Untuk Ambil Foto Bintang

Diterbitkan April 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Planetarium Negara untuk memupuk dan mendidik rakyat Malaysia tentang sains angkasa.

Bersempena dengan kerjasama tersebut, ia adalah sebahagian daripada kempen bagi telefon andalannya – Mi 11 yang dinamakan ‘Starry Night’.

Bermula hari ini sehingga 17 Mei, peminat fotografi boleh menyertai pertandingan tersebut dan berpeluang untuk memenangi sebuah peranti Mi 11 dan percutian ke Pulau Mawar, Mersing untuk menikmati Milky Way.

Xiaomi Starry Night

Pemenang akan dipilih oleh panel juri yang profesional dan akan diumumkan melalui platform media sosial Xiaomi Malaysia dan Planetarium Negara.

Ikuti langkah ini jika anda ingin menyertai pertandingan ‘Starry Night’:

  1.  Like dan Follow Facebook Xiaomi Malaysia serta Facebook Planetarium Negara.
  2. Ambil gambar yang bertemakan astrophotography dengan menggunakan apa-apa model telefon pintar
  3. Muat naik gambar di ruangan komen Facebook Xiaomi Malaysia dengan tanda pagar #XiaomiMalaysia #PlanetariumNegara #StarryNightwithMi dan tag tiga rakan

Tambahan lagi, bagi pengguna peranti Xiaomi, anda perlu aktifkan watermark sebelum mengambil dan menghantar penyertaan.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY