Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi pad 6 31

Xiaomi Pad 7 Pro Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan November 14, 2023 oleh Amal Addin

Baru sahaja keluar Xiaomi Pad 6 Pro pada bulan April lalu, kini khabar angin berkaitan penggantinya Xiaomi Pad 7 Pro telah mula didengari.

Buat masa sekarang masih tiada tarikh rasmi lagi tentang pelancaran model tersebut namun peniris terkenal, Digital Chat Station telah memberi maklumat awal berkaitan spesifikasi yang ada pada tablet ini.

Xiaomi Pad 7 Pro dijangka dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan paparan jenis LCD serta kadar segar semula 144Hz. Tambahan lagi, tablet ini juga bakal didatangkan dengan rekaan modul kamera berbentuk empat segi yang disusun pada sudut kiri atas panel belakang yang mungkin diinspirasikan daripada siri Xiaomi 14.

Sekiranya Xiaomi Pad 7 Pro ingin menandingi model sebelumnya maka ia perlu dilengkapi dengan kadar resolusi yang lebih tinggi dan juga saiz skrin yang lebih besar.

Walaupun masih terlalu awal tetapi tablet Xiaomi Pad 7 ini mungkin dilancarkan pada awal tahun 2024 kelak.

Kalau anda terlepas, anda boleh ketahui lebih lanjut pendapat kami terhadap Xiaomi Pad 6 di SINI.

Beli Xiaomi Pad 6 di:

Shopee – https://invl.io/cljas09

Lazada – https://invol.co/cljas0k

Berkaitan

  • Xiaomi Pad 5 Pro Rasmi Dengan Snapdragon 870, RAM 8GB Dan Bateri 8600mAh, Harga Sekitar ~RM2000
  • Xiaomi Pad 6 Rasmi, Skrin 144Hz Pada Harga Bermula RM1299
  • Ini Spesifikasi realme Pad 2, Setanding Xiaomi Pad 6 Tapi Ada Slot SIM
  • 3 Telco Di Finland Bertindak Haramkan Jualan Telefon Pintar Xiaomi
  • HyperOS 1.0 Akan Dilancar Suku Pertama 2024, Ini Peranti Yang Dapat Dulu

Sumber: mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY