Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peminat Mungkin Marah, POCO F4 Tak Seperti Yang Dijangka

Xiaomi, OPPO, vivo Kurangkan Pengeluaran Sebanyak 20%

Diterbitkan Mei 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa pengeluar telefon China dilaporkan telah mengurangkan pesanan komponen pada pembekal sebanyak sekitar 20% bagi suku kedua dan ketiga 2022.

Xiaomi contohnya, sudah merendahkan sasaran mereka daripada 200 juta unit ke sekitar 170 juta unit bagi tahun ini.

Tahun lalu, Xiaomi mencatatkan 191 juta unit berjaya dihasilkan. OPPO juga menurunkan pesanan mereka tetapi tidak mendedahkan kuantiti.

Vivo pula mengesahkan mereka tidak akan mengemas kini spesifikasi komponen yang telah dipesan untuk peranti kelas pertengahan mereka disebabkan inflasi dan permintaan yang semakin mengurang.

Penganalisis Jeff Pu berkata permintaan yang semakin berkurangan ini hanya dari China kerana pasaran AS, Eropah Barat, Amerika Latin dan Asia Tenggara masih menunjukkan permintaan yang baik.

Honor bagaimanapun tidak mengurangkan pesanan mereka dan kekal dengan sasaran 80 juta unit bagi tahun ini.

Penutupan Shanghai disebabkan kes COVID-19 beberapa minggu ini juga memberi kesan besar namun bandar tersebut akan dibuka semula 1 Jun ini.

Sumber: Nikkei, Gadgets Now

  • Foxconn Capai Persetujuan Dengan Syarikat Malaysia, Ada Kebarangkalian Buka Kilang Di Kulim
  • Jepun Luluskan Pelan Buang Sisa Radioaktif Ke Dalam Lautan Pasifik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY