Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mungkin Perkenal Peranti Seakan-Akan Mac mini Dalam Acara Pelancaran Xiaomi 13

Xiaomi Mungkin Perkenal Peranti Seakan-Akan Mac mini Dalam Acara Pelancaran Xiaomi 13

Diterbitkan Disember 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara pelancaran Xiaomi 13 kelak, turut dijangka bahawa Xiaomi akan memperkenal 2 peranti pengkomputeran.

Berdasarkan gambar yang tertiris, satunya ialah desktop PC manakala satu lagi hadir dalam bentuk sama seperti Mac mini.

Xiaomi Mungkin Perkenal Peranti Seakan-Akan Mac mini Dalam Acara Pelancaran Xiaomi 13

Xiaomi Mungkin Perkenal Peranti Seakan-Akan Mac mini Dalam Acara Pelancaran Xiaomi 13

Desktop ini nampaknya datang dengan 2 slot GPU dan ruang untuk kipas bersaiz sekitar 90mm. Ia juga dikatakan menyokong kemasukan kuasa setinggi 100W.

Saluran pengudaraannya juga mungkin terletak di bawah atau atas memandangkan kita dapat lihat di sisi lain.

Menariknya, ada tercatat di belakangnya tentang shortcut butang Windows + M yang tidak diketahui apakah fungsinya sama pada Windows 11 atau tidak.

Xiaomi Mungkin Perkenal Peranti Seakan-Akan Mac mini Dalam Acara Pelancaran Xiaomi 13

Untuk satu lagi peranti yang seakan-akan Mac mini pula, ia hadir dengan AMD Ryzen 7 6800H APU bersama Radeon 680M iGPU, RAM sebesar 16GB, SSD 512GB. Harganya mungkin sekitar RMB3,999 (~RM2,500) untuk varian 16GB/512GB.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Dikhabarkan Hadir Hingga 10 Pilihan Warna
  • Beberapa Imej Xiaomi 13 Dan 13 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Sebenar
  • Senarai Telefon Yang Dilengkapi Cip Snapdragon 8 Gen 2
  • Bekas Presiden China Meninggal Dunia, Xiaomi Tunda Pelancaran Hari Ini, Jenama Lain Ikut Sama

Hingga artikel ini ditulis, Xiaomi masih belum memaklumkan tarikh baru untuk melancarkan siri Xiaomi 13 manakala iQOO pula telah sahkan acara pelancaran iQOO 11 akan berlangsung pada 8 Disember ini.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY