Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mix Fold 3

Presiden Xiaomi Sahkan Mix Fold 3 Dalam Fasa Penghasilan

Diterbitkan Julai 5, 2023 oleh Firdaus

Pada Rabu ini, Presiden Xiaomi Lu Weibing telah mengumumkan Mix Fold 3 sedang dalam fasa penghasilan. Menariknya lagi, telefon itu dikatakan bakal hadir seawal bulan Ogos depan.

Pengumuman dibuat beliau ketika mengumumkan pengaktifan sistem pintar baharu di kilang Xiaomi, Beijing melalui platform Weibo.

Screenshot 2023-07-05 220942

Dan Mix Fold 3 adalah model pertama yang akan dihasilkan secara besar-besaran. Tambah beliau lagi, sistem pembuatan pintar itu lebih baik, lebih cekap dan mencapai ketepatan hingga ke tingkat mikron.

Presiden Xiaomi Sahkan Mix Fold 3 Dalam Fasa Penghasilan

Oleh itu, kita boleh menjangkakan Mix Fold 3 yang bakal hadir ini lebih kuat dan tahan lasak. Tetapi, mengikut khabar angin, peranti ini mungkin terhad untuk pasaran China sahaja seperti pendahulunya.

Berkaitan

  • (Ulasan) Siri Infinix Note 30 - Mungkin Siri Telefon Terbaik Bawah RM1000
  • Siri realme narzo 60 Dilengkapi RAM Hingga 12GB Dan Storan 1TB
  • OnePlus Nord 3 5G Berharga RM2,199 Dengan RAM 16GB Dan Storan 256GB
  • RedMagic 8S Pro Rasmi, Yang Pertama Guna Snapdragon 8+ Gen 2
  • Nubia Lancar Tablet 'Gaming', Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Bateri 10000mAh

Walau bagaimanapun, ia tetap hanya sekadar khabar angin dan kita akan tahu status sebenar keberadaan peranti ini pada Ogos nanti.

Sumber: Weibo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
©2026 WISER.MY