Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mx fold bai

Xiaomi Mix Fold 2 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Lebih Sedap Dipegang

Diterbitkan April 26, 2022 oleh Firdaus

Berdasarkan khabar angin yang bergerak mengelilingi Xiaomi, mereka akan membuat pelancaran pada hujung bulan Jun untuk peranti baharu Xiaomi 12 Ultra dan MIX FOLD 2.

Peranti Xiaomi MIX

Tambahan lagi, blogger terkenal dari China – Digital Chat Station mendedahkan paparan yang terdapat pada MIX FOLD 2 menawarkan rekaan yang mewah dan lebih baik daripada generasi sebelumnya.

Selain itu, paparan luar pada peranti boleh lipat tersebut menawarkan sokongan kadar segar semula hingga 120 Hz. Skrin luar mempunyai rekaan yang sedikit lengkung pada satu sisinya dan Xiaomi tidak meletakkan sebarang kamera pada paparan dalaman peranti tersebut.

Peranti Xiaomi MIX

Xiaomi MIX FOLD 2 akan mempunyai skrin luar berukuran 6.5 inci manakala paparan dalaman akan berukuran 8 inci yang tidak jauh bezanya dengan iPad Mini 8.3 inci.

Akan tetapi, ura-ura melaporkan Xiaomi MIX FOLD 2 secara amnya lebih ringan dan nipis daripada generasi sebelumnya. Oleh itu, anda boleh jangkakan peranti ini akan mempunyai kapasiti bateri yang kecil dari generasi sebelumnya.

Walau bagaimanapun, peranti ini mempunyai lipatan engsel yang lebih kecil dan mudah untuk dibuka dan ditutup. Skrin dalaman Xiaomi MIX FOLD 2 akan menyokong resolusi 2K, warna DCI-P3, 1.07 bilion warna dan HDR10+.

Sumber: Notebookcheck

Baca juga:

  • Elon Musk Akan Jadi Tauke Twitter Dengan Harga ~RM190 Bilion, Milikinya 100%
  • Xiaomi 12 Ultra Mungkin Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 1 Plus
  • POCO F3 Kini Boleh Dibeli Bawah RM1000 Sahaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY