Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter elon musk

Elon Musk Akan Jadi Tauke Twitter Dengan Harga ~RM190 Bilion, Milikinya 100%

Diterbitkan April 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tempoh hari, dunia media sosial menerima berita yang agak besar apabila Elon Musk diumumkan menjadi pemegang taruh terbesar dalam Twitter dengan pegangan 9%.

Tidak cukup menggemparkan, berita selepasnya iaitu tawarannya untuk membeli Twitter dengan 100% pemilikan yang menjadi sensasi seluruh dunia.

Beberapa jam lalu, media antarabangsa melaporkan Twitter bersetuju untuk diambil alih oleh Elon Musk pada harga Ā $54.20 (~RM235) setiap saham dengan jumlah keseluruhan yang perlu dibelanjakan Musk ialah $44 bilion (~RM190 bilion).

Bercakap mengenai misinya, Musk berkata dia mahu menambah ciri baharu pada platform tersebut, membasmiĀ bot dan memberi pengesahan pada kesemua individu yang bukanĀ bot.

Azam Musk yang lebih besar sejak awal ialah menjadikan Twitter sebagai laman yang menjunjung nilai kebebasan suara yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, urusan rasminya dijangka akan siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Terdahulu. seorang pemuda bernama Jack Sweeney telah disekat oleh Elon Musk di Twitter kerana enggan memadamkan akaun yang menjejak dan berkongsi lokasi jet beliau. Klik sini untuk membacanya.

Sumber: PR News Wire

Baca juga:

  • Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
  • Selain Elon Musk, Remaja Ini Turut Jejaki Jet Peribadi Milik 4 Lagi Tokoh Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY