Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mix flip

Xiaomi Mix Flip Tiba Di Malaysia, Harga RM4,999

Diterbitkan September 27, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi MIX Flip akhirnya tiba di pasaran Malaysia, menandakan kehadiran pertama telefon pintar lipat jenis clamshell dari syarikat tersebut. Dijangka menjadi saingan kepada model lipat lain seperti Samsung Galaxy Z Flip, ia menawarkan reka bentuk yang kompak dan futuristik.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3, memori 12GB LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.0 serta paparan skrin dalamnya bersaiz 6.86 inci CrystalRes 1.5K UTG dengan kecerahan sehingga 3000 nits dan kadar segar semula adaptif 1-120Hz. Sementara, skrin luarnya berukuran 4.01 inci yang dilindungi Xiaomi shield glass, kecerahan sehingga 3000 nits dan berkadar segar semula 120Hz. Masing-masing menyokong HDR10+, Dolby Vision dan pengiktirafan TÜV Rheinland.

xiaomi mix flip

Ciri kamera turut menarik perhatian, dengan sistem tiga kamera dimana Leica yang mewakili 50MP utama dengan sensor light fusion 800 dan 50MP telefoto dengan sensor OV60A. Manakala, kamera hadapan adalah 32MP, membolehkan tangkapan gambar berkualiti dalam pelbagai kondisi pencahayaan.

xiaomi mix flip

Bateri Mix Flip menyokong pengecasan pantas 67W dan membekalkan kapasiti bateri sebesar 4780mAh. Tambahan pula, rekaan lipatnya memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk menggunakannya dalam mod berbeza, sama ada untuk mengambil gambar atau menikmati kandungan multimedia.

Xiaomi MIX Flip ditawarkan pada harga RM4,999 dan bakal memberikan pilihan menarik bagi peminat peranti lipat, terutama jenis clamshell.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllqg4m

Lazada – https://invol.co/cllqezn

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • EufyCam S3 Pro Diperkenal, Kamera Keselamatan Terang Pada Waktu Malam
  • Peminat Tegar Anime Ini Mencipta 'Cosplay' Gundam Tertinggi Di Dunia
  • Antara Muka Control Center iOS 18.1 Kini Boleh Mirip Dengan HyperOS
  • Moomoo Malaysia Lancar Dagangan 'US Options', Buka Akses ke Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY