Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peminat Tegar Anime Ini Mencipta ‘Cosplay’ Gundam Tertinggi Di Dunia

Peminat Tegar Anime Ini Mencipta ‘Cosplay’ Gundam Tertinggi Di Dunia

Diterbitkan September 27, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh ariff bukhari

Pereka pakaian dan pembina bernama Thomas DePetrillo telah mencipta ‘cosplay’ gergasi, replika RX-78-2 Gundam asal.

Direka oleh pereka mecha perintis Kunio Okawara, prototaip ikonik itu diperkenalkan dalam siri anime Mobile Suit Gundam 1979 dahulu.

Berdiri pada ketinggian 3.12 m (10 kaki 3 inci), ia telah diiktiraf oleh Rekod Buku Guinness sebagai cosplay Gundam tertinggi di dunia.

Versi gergasi Gundam ini mengambil masa 3 hingga 4 bulan untuk dibina oleh Thomas dan pasukannya di Extreme Costumes, dan mereka mencuba skala reka bentuk yang berbeza sehingga mereka menemui keseimbangan saiz dan mobiliti yang terbaik.

Selepas itu, mereka mencipta sendi berganda khas untuk siku dan lutut supaya Thomas boleh mengawal pergerakan sut itu dengan mudah semasa memakainya.

Thomas menyatakan bahawa ini bukan sahaja ciptaan terbesar mereka, tetapi juga yang paling tepat.

Peminat Tegar Anime Ini Mencipta ‘Cosplay’ Gundam Tertinggi Di Dunia
Satu pasukan yang terdiri daripada empat cosplayer pakar menghabiskan beratus-ratus jam untuk memastikan sut besar itu boleh bergerak semasa Thomas memakainya.
Peminat Tegar Anime Ini Mencipta ‘Cosplay’ Gundam Tertinggi Di Dunia
Mecha ini juga memerlukan penyelenggaraan dengan setiap penggunaan.

Ini bukanlah cosplay pertama beliau hasilkan.

Sebelum ini  Thomas DePetrillo telah mencipta rekod pertamanya untuk kostum cosplay adiwira mudah alih tertinggi di New York Comic Con pada 2015 menerusi Iron Man Hulkbuster.

Beliau juga telah memecahkan rekod pada 2017 untuk kostum cosplay mudah alih tertinggi berdasarkan permainan video (kereta kebal Overwatch Reinhardt) dan kostum cosplay mudah alih tertinggi  Camaro, Bumblebee daripada francais Transformers).

Beliau juga telah mencipta beberapa cosplay Gundam untuk Bandai, Transformer untuk Hasbro dan Zords untuk Power Rangers.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY