Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mix 5 Spesifikasi Mungkin Lebih Kurang Xiaomi 12 Tapi Cas Lagi Laju

Xiaomi Mix 5 Spesifikasi Mungkin Lebih Kurang Xiaomi 12 Tapi Cas Lagi Laju

Diterbitkan Mac 4, 2022 oleh Firdaus

Kepada peminat peranti keluaran Xiaomi terutamanya untuk siri Mix, Xiaomi dijangka akan melancarkan peranti Xiaomi Mix 5 pada tahun ini selain Mi 12 Ultra.

Peranti Mix 5 tersebut mungkin akan dilengkapi dengan pengecasan pantas melebihi 100W.  Hal ini kerana Xiaomi sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas melebihi 100w.

Xiaomi Mix 5 Spesifikasi Mungkin Lebih Kurang Xiaomi 12 Tapi Cas Lagi Laju

Tidak lupa juga bahawa pembangunan teknologi fast-charging dari Xiaomi ini telah lama di usahakan dan tidak mustahil kita akan dapat melihat hasilnya nanti pada peranti mereka yang seterusnya.

Di MWC Barcelona 2022, Oppo mendedahkan keupayaan teknologi pengecasan mereka untuk mengecas bateri sebesar 4,500mAh dari 0% ke 50% hanya dalam masa 5 minit sahaja, jadi bagi kami ia agak mustahil jika Xiaomi nak menyerah kalah kepada saingannya dalam teknologi ini.

Xiaomi Mix 5 Spesifikasi Mungkin Lebih Kurang Xiaomi 12 Tapi Cas Lagi Laju
GSMArena

Walaupun begitu, kemajuan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC milik Oppo adalah satu perkara yang memberangsangkan dalam industri telefon pintar.

Tambahan lagi, Xiaomi Mix 5 dikatakan bakal dikuasai dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dan cip pemprosesan imej terbaru Surge C2 dari Xiaomi. Surge C2 akan di gandingkan dengan 3 kamera utama iaitu sensor 50 megapiksel dengan penstabilan optikal, 2 lensa 48 megapiksel ultra lebar dan telefoto dan tidak lupa juga 48 megapiksel untuk kamera swafoto hadapan.

Xiaomi Mix 5 ini diramalkan mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan abangnya Mi 12, tetapi yang menjadi perbezaan ialah kemampuan pengecasan pantas. Selain harga mereka yang mungkin tidak jauh beza, peranti mana yang akan menjadi pilihan pembaca dan kenapa?

Sumber: GSMArena, GizChina

Baca juga:

  • Terlalu ‘Power’, 90% Pengguna Xiaomi 12 Pro Pilih Balanced Mode Berbanding Extreme Mode
  • Apple Kembali Di Puncak, Atasi Xiaomi Dan Pesaing Lain
  • Bukan Kamera Tapi Xiaomi Patenkan Pembesar Suara Dengan Penutup Mekanikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY